Macam yang SH katakan sebelum ini, PAS ni memang dah ketandusan idea. Jadi, nak tak nak terpaksa jugak la diorang cari jalan lain untuk meraih undi.
Jika sebelum ini, mereka cuba mencipta isu kononnya berlaku pergelutan dalaman UMNO diantara Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Said.
Hari ini, keluar pulak kenyataan kononnya mereka tidak berminat untuk mempergunakan isu tersebut sebagai bahan modal politik dalam kempen PRK kali ini.
BESUT: PAS tidak akan mengeksploitasi isu dakwaan pergeseran dalaman antara kepimpinan Umno Terengganu bagi meraih sokongan pengundi.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, slogan 'undi PAS adalah undi untuk Idris Jusoh' seperti yang dilaungkan dalam ceramah mereka bukan strategi kempen yang digunakan PAS."PAS tidak akan guna isu ini untuk kepentingan kita. Kita tidak akan guna masalah yang berlaku antara Menteri Besar dengan Idris sebagai senjata," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Ahad.
Itu kata diorang. Hakikatnya, diluar sana tu, isu itu jugak la yang diorang sajikan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan memberi undi kepada mereka.
Kalau nak harapkan puak - puak Parti Angguk Saja tu dapat berkempen dengan cara yang berhemah, jangan harap la. Ianya umpama pungguk merindukan bulan je.
Dalam sidang media, mungkin diorang kata diorang takkan mempergunakan isu tersebut dan dijaja kepada rakyat. Tapi dalam media milik diorang, isu itu jugak yang dimainkan.
Itu belum lagi cerita isi kandungan dalam ceramah - ceramah diorang. Semuanya berulang - ulang dok tabur cerita tu kepada pendengar. Pun diorang nak nafikan jugak ke?
Dasar manusia suka bercakap benda yang bukan - bukan ni memang tak boleh nak dipercayai sangat. Malam cakap lain, siang cakap lain. Kalau orang panggil munafik, tau pulak diorang nak marah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.