Pelik kan? Kalau di Pahang, ada seorang Bekas ADUN PAS digugurkan dari senarai menjadi calon dalam PRU yang lalu kerana didakwa memiliki kenderaan berkuasa tinggi.
Maknanya, bekas ADUN tu ada sebijik motor besar la. Tapi kali ini di Kuala Besut, beberapa orang pemimpin PAS Pusat dengan senyum lebar tayan motor besar mereka.
Inilah keadilannya dalam PAS. Kalau orang bawahan buat tak boleh. Orang bawahan tak boleh memiliki lebih dari orang atasan. Yang atasan je boleh nikmati kemewahan.
Orang bawahan dipaksa jadi 'Marhaen'. Orang bawahan dipaksa jadi 'Zuhud'. Tapi orang atasan tak perlu. Orang atasan boleh bermewah - mewah sesuka hati mereka.
Apa yang laing kita tak boleh terima, dalam masa yang sama diorang dok kutuk orang kata berbelanja secara 'TERLAMPAU'. Yang diorang boleh beli motor besar gedabak ni, bukan berbelanja secara 'TERLAMPAU' ke? Ada jugak yang kena Penampau jap lagi kang!!!
Sebelum ini saya hanya saksikan Pameran Kemewahan ini melalui gambar atau video ketika konvoi superbike ini mengiringi pemimpin2 muda Pas.Semalam sewaktu pengacara satu program ceramah Pas di Prk Kuala Besut mengumumkan yang keesokan harinya akan diadakan pertunjukan motor besar diketuai oleh seorang pemimpin muda Pas, saya dapat rasakan dari nada suaranya satu bentuk kebanggaan dan/atau kepuasan.....Begitu juga sewaktu berlangsungnya pameran kemewahan itu siang tadi.... entahlah, mungkin persepsi saya terhadap orang Pas kini harus diubah.Mempamerkan kemewahan kini sudah menjadi satu trend yang harus dibanggakan oleh orang Pas.Hmmmmmm .... tapi saya tak nampak pula unit amal Pas pergi bawa sumpituntuk kutip derma dari para penunggang motor besar tadi ....... mereka pastinya LEBIH KAYA dan LEBIH MAMPU untuk menderma dari hadirin yang rata2nya orang kebanyakan yang hanya cukup2 makan saja. - DinTurtle
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.