Itu persoalan yang perlu dijelaskan sebenarnya. Jangan kita hanya pandai nak menunding jari dan menyalahkan orang tak tentu arah tanpa melihat Kebenarannya.
Bukan niat SH hendak merendah - rendahkan mentaliti atau kemampuan penduduk di Kuala Besut. Tetapi mereka harus melihat kepada hakikat kehidupan.
Sesungguhnya, kekayaan dan kemiskinan ini bukan salah orang lain. Tetapi sebaliknya salah diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan kehidupan kita.
Bila datang puak - puak Pakatan Haramjadah, mereka berjanji akan membebaskan penduduk di Kuala Besut dari belenggu kemiskinan.
Dengan cara apa yang mereka hendak lakukan? Implimentasi apa yang mereka mampu buat untuk keluarkan penduduk dari kemiskinan ni?
Dan yang lebih penting, adakah benar penduduk di Kuala Besut ni semuanya miskin? Adakah mereka melihat kepada realiti sebenar kehidupan?
Jawapannya TIDAK. Bukti yang ada didepan mata mereka sendiri pun mereka tidak mampu untuk melihatnya kerana mereka menutup pintu hati mereka sendiri.
Dalam kenyataan Si Rafizi semalam, dia sedikit pun tidak menyatakan mekanisme apa yang hendak dilakukan bagi memastikan penduduk Kuala Besut keluar dari kemiskinan.
Apa yang dia sebut hanya cuba untuk membawa isu itu ke peringkat atasa. Kalau itu caranya, semua orang pun boleh buat. Semua orang tau.
Soalnya sekarang, kekayaan atau kemiskinan seseorang itu bergantung kepada siapa? Adakah semuanya bergantung kepada usaha kerajaan semata - mata?
Jika semuanya bergantung kepada Kerajaan, maka calon PAS yang bertanding di Kuala Besut hari ini perlu berterima kasih kepada Kerajaan.
Kalau tak kerana Kerajaan, tak mungkin dia dapat jadi kaya seperti hari ini. Mampu memiliki rumah yang besar, harta yang banyak dan sebagainya.
Disebabkan Kerajaan jugak la calon PAS di Kuala Besut tu digelar sebagai Bank PAS Kuala Besut kerana sifat dermawannya terhadap rakyat di Kuala Besut.
Jika ini bukan hasil usaha kerajaan, usaha siapa? Sudah tentunya usaha diri dia sendiri. Dia yang berusaha mengambil peluang sewaktu didalam UMNO untuk mendapatkan projek.
Kalau nak bergantung kepada pendidikan, dia memang tak layak. Tapi dia ada usaha untuk memajukan diri dia bagi mengukuhkan ekonomi dan keluar dari belenggu kemiskinan.
Maka kesimpulannya cukup mudah. Kekayaan dan kemiskinan seseorang itu bukan hanya bergantung kepada usaha Kerajaan. Tetapi ianya juga bergantung kepada diri kita sendiri!!! Macam Si Rafizi tu pun, dia bijak bukan sebab Kerajaan jadikan dia Bijak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.