Kita heran jugak. Kenapa dalam kehangatan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut ni baru nak timbul isu pasal calon yang jual pil kuda tu?
Kenapa baru sekarang calon PKR tu tampil dan buat dakwaan serta memfailkan laporan Polis terhadap Hadi Awang selaku Presiden PAS Pusat?
Apa yang sebenarnya terbuku didalam pemikiran puak - puak PKR ni? Mesti ada sesuatu yang diorang rasa tak puas hati terhadap PAS.
Jika tidak, kenapa pulak isu itu boleh timbul dalam keadaan yang cukup kritikal seperti waktu sekarang ni. Tinggal lagi sehari je lagi nak mengundi.
Dengan pengakuan yang dibuat oleh bekas calon PKR serta kenyataan dari Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri menjelaskan bahawa wujudnya kepincangan dalam Pakatan.
Malah, impian untuk kempen 16:16 puak - puak Parti Angguk Saja tu pun hanya akan menjadi debu - debu kosong sahaja. Mungkin itu tujuannya.
Dakwaan yang dibuat bukan hanya sekadar menuduh Presiden PAS tu buat fitnah, malah mereka juga turut menuduh PAS tamak haloba dan angkuh.
Walaubagaimana pun, dalam kelompok PAS sendiri cuba untuk menafikan impak isu tersebut dengan menyatakan ianya bukan isu utama.
Walhal, secara dalamannya, PAS sendiri tidak tahu apa motif PKR membuat serangan sedemikian terhadap mereka. Adakah ianya untuk membalas dendam?
Sehingga hari ini, masih belum ada penjelasan yang dibuat oleh PKR berhubung dakwaan yang dibuat semalam. Adakah mereka akan tetap mengunci mulut?
Jika kita perhatikan, sepanjang kempen PRK DUN Kuala Besut ini, PKR memang tidak banyak membantu. Sebaliknya mereka hanya berpeluk tubuh sahaja.
Sedangkan dalam masa yang sama, mereka memegang kunci kempen 16:16 PAS. Sebabnya mudah. PAS hanya ada 14 kerusi, manakala PKR pula ada 1.
Maka, untuk merealisasikan impian 16:16 PAS, mereka perlu bantuan dari PKR yang mempunyai 1 kerusi. Jika tidak, tak guna jugak.
Seperti yang SH ingatkan sebelum ini, satu kerusi yang dimiliki oleh PKR tu pun belum tentu lagi boleh percaya atau tidak. Dibantainya dia cenderung ke arah BN, melopong la PAS dibuatnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.