Sabtu, Julai 27, 2013


Dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Sumber memberitahu, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah sekian lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa.

Malah sumber sama menjelaskan, parti yang dianggotai oleh mereka sebenarnya mengetahui kedua-dua pemimpin tertinggi itu menganuti fahaman Syiah, tetapi tiada sebarang tindakan diambil disebabkan kepentingan politik.

"Kedua-dua pemimpin ini mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh Syiah Iran dan salah seorang daripada mereka juga dikesan pernah mengunjungi Syria selain aktif memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di Malaysia.

"Kedua-dua pemimpin tertinggi ini juga dipercayai telah bertanggungjawab secara langsung menyebabkan fahaman Syiah menular dalam parti tersebut sehingga mencetuskan kebimbangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin kanan sebuah parti politik kerana bertanggungjawab menyebarkan fahaman Syiah di negara ini.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat lengkap mengenai penglibatan pemimpin kanan parti tersebut dalam gerakan Syiah dan mengingatkan mereka supaya tidak berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu Utusan Malaysia, salah seorang daripada dua pemimpin kanan tersebut pernah dipanggil mengadap Majlis Syura Ulama bagi tujuan mengia atau menafikan beliau terlibat dalam gerakan Syiah.

Bagaimanapun, kata beliau, walaupun dikesan mengamalkan beberapa ajaran Syiah dalam kehidupan seharian, pemimpin tersebut tetap bertarkiyah (berpura-pura) apabila menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah kepada Majlis Syura Ulama.

Ps: Agaknya, siapa layang dimaksudkan tu ye? Kita tunggu la siapa yang panas punggung nanti. Orang tua - tua kata, sendiri makan cili, sendiri la rasa pedas!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. ada kaitan dengan bilik 121 ka?

    BalasPadam
  2. Sapanya pemimpin pas yg syiah tu. Menarik nak tahu. Skrg ni Syiah jadi tajuk yg menarik dibincang.. yg menarik org syiah melambak pegi umrah dan haji. Mereka mudah dikenali krn solat tangan lurus kebawah. Kenapa syiah pun tunaikan haji..

    BalasPadam
  3. Rasanya memang dah tahu siapa walaupun belem dinyatakan di sini .
    kedua-dua ahli politik ni memang telah lama sy sedar akan kelainannya sejak dr tahun 2000 lgi.
    Tpi malangnya ahli politik ni adalah kebanggan kepada penyokong
    Pas dan ramai yg taksub benar dgn mereka.
    Apabila hendak menyatakan siapakah mereka, terlintas dlm fikiran akan permasaalahan yg bakal dan akan ditimbulkan oleh penyokong Pas. Akan tetapi masaalah yg lebih besar pasti muncul jika hal ini terus didiamkan.

    BalasPadam
  4. kepada imalaysia, ketika solat, org yg bermazhab syafie pun boleh letak tangan lurus kebawah, kerana hukum letak tangan kanan atas tangan kiri adalah sunat shj.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping