Jumaat, Ogos 23, 2013


Filem kontroversi Tanda Putera yang akan menemui penonton di seluruh negara pada 29 Ogos masih mempunyai beberapa babak kontroversi termasuk adegan seorang pemuda Cina kencing di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu seharusnya ditayangkan tahun lalu, tetapi ditangguhkan sebanyak tiga kali berikutan bantahan mengenai beberapa babak rusuhan kaum 13 Mei,1969..

Walaupun terdapat bantahan daripada pemimpin DAP sebelum ini, filem dibiayai kerajaan itu masih mempunyai babak kontroversi yang didakwa sesetengah pihak sebagai pencetus kepada rusuhan kaum 13 Mei.

Tanda Putera yang membelanjakan RM4.8 juta itu adalah kerjasama Persona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Multimedia Development Corporation (MDeC).

Dalam filem itu, pengarah seolah-olah mahu menggambarkan masyarakat Cina bertanggungjawab terhadap rusuhan pada 13 Mei.

Ini menyebabkan pemimpin DAP sebelum ini menyatakan filem itu sebagai propaganda Barisan Nasional (BN) yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Dialog kontroversi seperti, “Orang Melayu pergi balik kampung,“ dan adegan di mana pembunuhan dalam panggung wayang, tertera tulisan bahasa Cina “Melayu pergi mati” pada skrin sebelum mangsa ditetak.

Semasa promosi filem itu pada tahun lalu, pihak produksi memuat naik gambar penasihat DAP sedang diseret dengan kapsyen "Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di kediaman Menteri Besar Selangor" di laman Facebook rasmi filem itu.

Gambar itu dimuatkan dalam album gambar filem berkenaan dengan tajuk “Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan dalam filem ini.”

Lim dan beberapa pemimpin DAP menafikan perkara itu kerana tidak pernah tercatat dalam mana-mana sejarah Malaysia serta menegaskan dakwaan itu adalah palsu.

Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas tayangan filem itu, Shuhaimi menegaskan Tanda Putera berkisarkan persahabatan di antara dua pemimpin iaitu mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang berdepan peristiwa getir membangunkan negara dan pada masa sama bertarung dengan masalah kesihatan masing-masing.

Shuhaimi tidak berasakan mana-mana adegan dalam babak itu dianggap terlalu radikal dan melihat ia hanya gimik politik yang cuba dicanangkan oleh pemimpin DAP.

"Itu pandangan mereka, bagi saya ia cuma gimik politik tidak ada siapa pun yang menyatakan dalam babak kencing itu adalah dia melainkan dia sendiri yang mengaku.

“Beri peluang kepada filem sejarah negara kerana ia berkisarkan kisah benar,” katanya yang turut melahirkan kekecewaan kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) terhadap layanan yang diterima semasa proses suntingan filem berkenaan.

Ps: Kalau Kit Siang tak puas hati, dia boleh ambik tindakan terhadap filem tu. Itu pun kalau dia berani la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping