Ahad, Ogos 25, 2013


Hehehe... Pandai jugak Bang Mat Syabun kita ni buat alasan supaya pewakilan dalam muktamar nanti mengundi dia untuk kekal sebagai Timbalan Presiden.

Kalau Bang Mat tak keluarkan kenyataan seperti dibawah ni, memang ada kemungkinan yang dia bakal dicantas dan digantikan dengan orang lain.

Bukan apa. Sebab perwakilan sendiri sedar. Pemimpin yang ditolak sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu perlu dibuang memandangkan mereka tidak diterima masyarakat.

Bagaimana mungkin dia boleh memimpin ahli parti sedangkan dia tidak mampu untuk menambat hati rakyat? Jelas dia memang 'Kurang Upaya'.

Maka, tak payah la Bang Mat Syabun ni nak buat alasan yang bukan - bukan. Cakap je la yang Bang Mat nak kekalkan kuasa yang Bang Mat ada sekarang ni!!! Tak payah la susah - susah nak menipu rakyat!!!
SHAH ALAM: Kekuatan dan kedudukan PAS tidak terjejas walaupun pemimpin utama parti itu tewas di kerusi Parlimen yang ditandingi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Jelas beliau yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu" berkata kekalahan pemimpin utama dalam saingan pilihan raya tidak seharusnya menjadi kayu ukur kepada situasi sebenar tentang sokongan rakyat kepada parti berteraskan Islam itu.

Pada PRU13, 5 Mei lalu, Mohamad tewas kepada  calon Barisan Nasional (BN) Datuk Othman Abdul dalam persaingan kerusi Parlimen Pendang.

Othman memperoleh 32,165 undi, menang dengan majoriti 2,638 undi.

Selain Mohamad, pemimpin lain yang tewas di pada PRU13 adalah dua Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (Parlimen Putrajaya) dan Salahuddin Ayub (Parlimen Pulai).

Turut memperoleh nasib yang sama Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (DUN Jengka) dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (Parlimen Arau).

Menurut Mohamad, sejarah PAS membuktikan ia mampu berkembang meskipun presiden parti tidak bergelar wakil rakyat.

"PAS tidak bermasalah kalau pemimpin utama tewas bahkan presiden kami pun tidak berada dalam Parlimen begitu lama iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor di mana beliau hanya menang dan masuk Parlimen pada 1999 dan mula bertanding sejak 1978.

"...dan di bawah kepimpinannya walaupun beliau bukan seorang ahli Parlimen tapi PAS berkembang dengan pesat," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping