Selasa, Ogos 06, 2013

"La ni, hang pa habaq mai kat Bang Non. Sapa curi teloq Bang Non oi!!!"

La!!! Masih lagi dia tak de nak ambik tindakan ke? Kenapa lama sangat? Hilang ke mana telur Si Ketua Penipu tu? Dah kena sorok dek Zionist ke?

Kalau bercakap bukan main lagi. Kat atas pentas, dalam sidang media, sikit punya lantang dia kata nak saman orang itu ini. Rupanya, dia ni tak de telur rupanya! Nak saman Yuktes ni pun dia tak berani. Nampak sangat la Si Ketua Penipu tu BACUL!!!
Bekas peguambela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,Yuktes Vijay mencabar bekas anak guamnya itu untuk menyaman dirinya yang dikatakan bakal mendedahkan dokumen bukti konspirasi Anwar. 
“Suruh dia lawan.Dia (Anwar) nak suruh peguam dia saman saya? Samanlah.Suruh dia fikir dahulu sebelum bertindak,” jelas Yuktes dalam temubual bersama MyNewsHub selepas mengadakan satu sidang media di Petaling Jaya. 
Dalam temubual tersebut,Yuktes menjelaskan bahawa Anwar tahu siapa yang dia bakal berdepan jika bertindak untuk menyaman Yuktes. 
Pada 31 Julai lalu,Yuktes telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung tindakan Anwar yang mencemarkan nama dan merenggangkan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing. 
Beliau bertindak untuk membuat laporan polis berdasarkan dakwaan Anwar bahawa seramai 40,000 warganegara Bangladesh telah mengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sekaligus menjejaskan keputusan pilihanraya tersebut.

Menurut beliau lagi, tindakan Anwar itu turut mengaibkan nama negara bukan sahaja di serata Malaysia malah di Indonesia ketika lawatan senegara tersebut selepas PRU13 lalu. 
Bukan itu sahaja,beliau yang menyifatkan taktik Anwar dengan mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 adalah modus operandi yang berasaskan pembohongan dan penghasutan. 
Dalam laporan polis yang di Balai Polis Klang,Yuktes turut mengakui yang dirinya menyimpan beberapa salinan dokumen dan bukti penipuan Anwar. 
“Saya mempunyai bukti-bukti yang merangkumi dua emel dalam kes liwat dia. Warga asing ini memainkan peranan secara langsung dalam mempengaruhi pandangan negara asing tetang kes liwat ini. 
"Erti kata lain, dia (Anwar) menggunakan warga asing ini untuk memberi persepsi ini sebuah konspirasi Barisan Nasional (BN),” memetik laporan polis yang dibuat Yuktes.

Sebelum ini, Yuktes telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II. 
Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka. 
Dalam email berkenaan,Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping