Salam bro. Mintak maaf la kalau apa yang aku tulis ni tak sesuai untuk disiarkan dalam blog bro. Tapi aku harap sangat kalau ianya boleh dijadikan paparan.
Aku tertarik hati jugak bila memerhatikan perkembangan terkini yang berlaku di Kedah tu. Nak pulak yang berkaitan dengan KUIN dan Insaniah Holding.
Bukan la sebab aku pernah belajar kat situ. Dan aku pun bukan anak Kedah. Tapi apa yang dapat aku lihat ialah mengenai pendirian Retorik puak - puak Pakatan ni.
Apa sebab diorang sibuk sangat nak menyalak pasal isu Insaniah Holding tu? Siapa yang tubuhkan Insaniah Holding tu dulu kalau bukan diorang?
Untuk apa diorang tubuhkan Insaniah Holding tu? Kononnya untuk mengukuhkan KUIN. Tapi dulu, masa diorang memerintah, KUIN tu jugak yang terpinggir.
Sebab apa? Sebab dalam Insaniah Holding tu penuh dengan kroni - kroni diorang je. Tu pasal la diorang tak peduli sangat pasal KUIN tu.
Sekarang bila kroni - kroni tu dah tak de tempat nak berpaut dan tau nasib mereka bakal dilenyapkan tak lama lagi, mula la diorang menyalak tak tentu arah.
Yang paling aku menyampah sekali bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena tu. Rasa macam nak hempas laptop je rasanya. Kata dia:
"Tidak perlu hendak buat kertas putih, kalau buatpun tetapi tidak ada tindakan tidak ada gunanya juga. Ada bukti ambil tindakan. Ambil report SPRM, dan report pada polis jenayah perdagangan, kita bersedia," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sebelum ni dia jugak yang dok desak Kerajaan suruh buat sidang Parlimen Khas bagi membincangkan keadaan di Mesir. Tapi dalam isu pasal Insaniah ni, tak payah bincang ke?
Itu membuktikan betapa Retoriknya pemimpin macam Si Mahfuz tu. Sewajarnya orang macam dia tak layak langsung nak jadi pemimpin!!!
Yang lebih meloyakan tekak aku bila baca cerita pasal Insaniah Holding ni ialah mengenai janji Manifesto yang ditaburkan oleh mereka sebelum ini.
Hari tu sibuk nak bagi pendidikan percuma kononnya. Siap perli Kerajaan dan buat fitnah yang bukan - bukan. Tapi diorang? Kenapa tak buat?
Kenapa di KUIN diorang tak bagi pendidikan percuma? Sebab tak mampu kata diorang. Tak mampu dari segi kewangan katanya. Podah! Alasan!
Habis, yang pergi buat Insaniah Holding tu untuk apa? Untuk sekadar buat pameran? Bukan untuk cari dana bagi membantu pelajar di KUIN? Kalau setakat pandai janji, tapi tak pandai laksana, baik tak payah cakap!!! Buat mengabihkan masa je!!! - Ahmad Mahmod
Ps: SH tolong siarkan aje ye. Tak de kena mengena dengan SH pun cerita ni. Sendiri bikin penyakit, sendiri cari obat la!!!
Orang mcm Mahfussiul tu nak cari glamor, dia ingat dgn cara dia buat kecoh tu dia akan jadi hero, dia tak sedar yg dia telah pamirkan ke bodohan yg terlampau. Orang meluat lagi ada.
BalasPadam