Khamis, Ogos 29, 2013


PAS tetap bertegas mahu menuntut jawatan Pegawai Seranta Politik seperti yang pernah diusulkan sebelum ini atau apa-apa jawatan yang berkaitan, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

Menurut beliau, adalah perlu bagi wakil setiap parti komponen Pakatan Rakyat mengisi jawatan berkenaan agar kesinambungan parti dapat berjalan seiring dengan program-program, dasar dan pembangunan kerajaan negeri.

Malah, menurut ADUN Meru itu lagi pihaknya juga akan meneruskan sesi pertemuan di antara kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diadakan sebelum ini.

"Setakat ini belum tertutup lagi pintu (rundingan), sebab kita agak sibuk dengan bulan Ramadhan dan raya sekarang ini. Dan pada perjumpaan yang akan datang ini, kita merasakan bahawa jawatan yang kita minta bukan semestinya Pegawai Seranta semata-mata. 

"Apa-apa jawatan kita akan terima, tetapi maknanya kita harapkan adanya pertemuan bulanan untuk pemimpin parti untuk memberi pandangan parti untuk kerajaan Selangor. Sebab itu hak MB, kalau taknak bagi pun tak apa," katanya kepada Antarapos.

Tambah Rani lagi, pihaknya akan meneruskan usaha bagi membolehkan wakil parti berkenaan dilantik meskipun sudah mempunyai empat pegawai exco yang dilantik di dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita ada usulkan beberapa nama. Tetapi setakat ini masih belum dapat laluan itu, tidak mengapalah. Sebab kita ada lagi pilihan lain untuk kita usahakan. 

Tetapi maknanya ada pertemuan di antara pimpinan (exco-exco) yang telah dipilih peringkat parti itu perlu diteruskan. Itu yang lebih penting. Ada Pegawai Seranta tetapi tidak menjalankan tugas tak boleh juga," demikian menurut Rani.

Ps: Apa la susah sangat puak - puak Parti Angguk Saja ni sesak nak mintak jadi 'Hantu' kat Pejabat Menteri Besar tu.

Nak jadi 'Hantu' tu bukannya susah sangat. Malah Si Khalid Gagap tu pun dah bagitau dah caranya semalam.

Kata Khalid, nak jadi 'Hantu' ni tak payah masuk 'Pejabat' pun. Cukup setakat ada Laptop dan IPad pun dah boleh jadi 'Hantu'.

Jadi, pergi je la beli laptop dan IPad. Yang dok meroyan tak tentu arah ni buat apa!!! Mengabihkan masa je!!! Penyudahnya PAS jadi 'Anjing Menyalak Bukit'. Bukit tak runtuh, suara je yang hilang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping