Kalau bercakap pasal orang lain, bukan main lantang lagi mulut Si Rafizi Jambu ni. Dia la yang paling tinggi sekali suara menuduh orang itu dan ini.
Macam - macam cerita dia buat pasal orang lain dengan dakwaan yang bukan - bukan. Tapi kalau kena pada batang hidung sendiri? Terus dia terdiam!!!
Bukan setakat itu sahaja. Dia sebaliknya cuba untuk mengalihkan soalan yang diajukan kepada isu yang lain bagi menutup pekung yang ada didada.
Itulah ilmu yang dia warisi dari Si Ketua Penipu tu gamaknya. Maklum la. Budak lepasan Universiti Al-Juburi la katakan. Memang la dia pandai alihkan isu.
Bila ditanya oleh pihak wartawan mengenai isu yang berkaitan dengan konflik di Pejabat Menteri Besar Selangor, Si Rafizi ni terus terdiam dan enggan mengulas.
PETALING JAYA: Dua pimpinan tinggi PKR hari ini enggan mengulas bersabit kontroversi melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang dipercayai akan dinaikkan pangkat minggu depan.Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (Adun), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebaliknya bertindak mengambil pendirian untuk tidak mengulas kecelaruan yang sedang menghimpit pentadbiran kerajaan negeri itu.Keadaan itu bagaimanapun dijangka memberi kesan kepada majlis pimpinan PKR kerana pentadbiran Selangor diketuai Menteri Besar dari PKR."Kami tidak mahu memberi sebarang komen," kata kedua-dua mereka ketika diminta mengulas bersabit isu itu secara berasingan.
Apa pasal dia tak nak komen kemleut yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini? Dah goyang ke? Lidah dia dah kena kerat sampai tak boleh bercakap?
Dulu, dia juga pernah menjadi 'Hantu' di Pejabat Menteri Besar Selangor. Sudah tentu dia lebih tau apa yang sebenarnya berlaku. Jadi, kenapa dia tak nak dedahkannya?
Kalau bab membogelkan orang lain, pandai sangat Si Rafizi ni. Tapi dengan Si Faekah, takkan dia tak sanggup nak bogelkan pulak? Apa yang dia takut sangat?
Kononnya, sewaktu mendedahkan isu berkaitan dengan NFC, Si Rafizi ni mendabik dada kata dia buat demi Kebenaran. Sekarang, kenapa dia tak buat atas alasan yang sama?
Rakyat pun perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku didalam Pejabat Menteri Besar Selangor tu. Maka adalah wajar bagi dia mendedahkan Kebenaran tu kepada rakyat. Kalau setakat tau nak membogelkan orang lain je baik tak payah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.