Sabtu, Ogos 03, 2013


SH nasihatkan Pak Berahim. Tak payah la Pak Berahim nak buat kerja yang tak berfaedah. Buat mengabihkan masa je. Cari kerja lain, lagi bagus.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Pak Berahim mendesak agar Kerajaan kemukakan statistik tahanan ISA, EO yang berkaitan dengan senjata api.
PAS hari ini menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) mengemukakan statistik jumlah kes tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO) berkaitan senjata api sebelum mengaitkan pemansuhan dua undang-undang berkenaan menjadi punca peningkatan kes kejadian pembunuhan.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) sebaliknya menegaskan cadangan untuk menggembalikan dua undang-undang berkenaan juga tidak munasabah kerana kedua-duanya tidak adil daripada sudut Islam.

"PAS lebih cenderung mempercayai  penjenayah bersenjata api ini mendapat bekalan senjata secara sindiket haram akibat kelolosan pemeriksaan di pintu masuk negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas, kenyataan Pak Berahim tu sebenarnya hanya nak menutup kemaluan Pakatan yang sebelum ini kuat mendesak agar Ordinan Darurat dimansuhkan.

Tatkala ini, rakyat menunding jari ke arah Pakatan kerana mereka lah yang menjadi punca beberapa insiden ganas yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Maka, atas sebab itulah mereka cuba nak mengalihkan kesilapan yang telah mereka lakukan kepada orang lain. Itu taktik biasa yang puak - puak Pakatan ni gunakan.

Selama hari ini, sewaktu Ordinan Darurat (EO) diwujudkan, tak de pulak kes - kes sedemikian berlaku. Tapi sejak EO tu dimansuhkan, makin banyak pulak.

Apa yang SH sedia maklum, tahanan EO yang ada kaitan dengan jenayah berat ni tak lebih dari 3ribu orang. Dari bilangan tu, dah tentu - tentu ada yang dikaitkan dengan senjata api.

Tak kira la sama ada mereka terlibat dalam sindiket membekal, menyeludup atau menggunakan senjata api tu secara lansung atau tidak. 

Dengan bilangan yang seramai itu, ianya boleh diterima akal. Kalau setakat sorang dua, mungkin kita pelik. Tapi ni 3ribu orang. Dah tentu ada yang terlibat.

Dan untuk pengetahuan Pak Berahim. Kes rompak kedai emas melibatkan senjata api yang berlaku di Pahang baru - baru ini pun, suspeknya merupakan bekas tahanan EO.

Jadi, tak mustahil jika kita kata bekas tahanan EO ni memang terbabit dalam jenayah yang melibatkan senjata api. Takkan itu pun Pak Berahim tak boleh nak fikir secara logik?

Tolong la Pak Berahim! Kalau dah buat salah tu, mengaku aje la. Yang beria - ia desak supaya EO dimansuhkan pun bukan orang lain. Diorang jugak yang mintak.

Sekarang, bila keadaan dah jadi huru hara, diorang nak salahkan pihak berkuasa pulak? Agak - agak la wei!!! Jangan la ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat!!! Lain kali, kalau nak buat desakan, guna Kepala Otak. Jangan pakai Kepala Lutut!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. mcm mn bekas tahanan eo blh dpt senjata api?
    boleh didapati, dibeli dari kedai tepi jln sj ke?
    pdrm pun ada senjata api..
    kementerian pertahanan dlm negeri yg ada kuasa dgn bkln senjata api ni kan..?x mustahil jgk...blh jd jgk mcm tu...
    jumlah mereka lg byk melebihi 3000 org.. :)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping