Heh! Ironik bukan. Kenyataan pemimpin PAS dibawah ni jelas menunjukkan sifat Munafik dan Retorik mereka kepada rakyat Malaysia.
Diorang marah bila ada pihak luar yang sibuk nak masuk campur dalam isu dalaman parti mereka. Mereka menyifatkan orang sedemikian sebagai 'Tidak Layak'.
Apa yang ironiknya, bila diorang sibuk dalam urusan parti orang lain tak pe pulak? Yang diorang dok sibuk kritik UMNO selama hari ni menda kejadahnya?
Macam - macam dakwaan diorang buat terhadap UMNO. Macam - macam pandangan yang dah diberikan oleh mereka sebelum ini. Tak pulak itu dikira sebagai menyibuk?
Adakah mereka layak untuk berbuat sedemikian terhadap UMNO? Adakah mereka mempunyai hak untuk membuat pertikaian tersebut?
Kan jelas nampak sangat diorang ni Retorik bila bercakap. Kalau diorang sibuk jaga tepi kain orang boleh. Tapi, bila orang selak kain diorang, diorang nak melenting pulak. Banyak cantik!!! PAS bukannya parti Maksum sangat sampai tak de orang boleh tegur!!!
Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak layak bercakap hal-hal berkaitan PAS, lebih-lebih lagi yang mengaitkan pemimpin-pemimpin parti itu dengan ajaran Syiah, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.Ini katanya, Asri bukan ahli PAS dan tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di dalam parti itu."Jangan ambil kira apa yang dia cakap, dia bukan ahli politik. Dia tak tahu. Sepanjang pengetahuan saya tidak ada orang PAS menganut Syiah. Sebab syarat nak masuk PAS mesti Ahli Sunnah Wal Jamaah, " katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini, hari ini.Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.Malah, menurutnya, beliau yakin tiada seorang pun ahli PAS yang cenderung terhadap ajaran Syiah, seperti yang dilaporkan media masa kini."Itu masalah orang lain, kalau nak tahu masalah PAS, kena tanya orang PAS. Mufti atau sesiapa, mereka tidak berkelayakan bercakap hal (mengenai) PAS."Setakat ini saya yakin seratus peratus kecuali jika ada bukti-bukti yang dibawa kita akan lihat kembali. Setakat ini memang ada peraturan sesiapa yang sertai PAS mesti Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Nik Zawawi ketika dihubungi di sini.Rabu lalu, melalui laporan Antarapos, Dr Asri mengakui terdapat pengikut-Syiah di kalangan pemimpin PAS, malah menurut beliau perkara itu tidak dinafikan pemimpin PAS sendiri.Dua nama besar PAS yang sering dikaitkan sebagai pengikut Syiah adalah Timbalan dan Naib Presiden PAS, Mohamed Sabu dan Datuk Mahfuz Omar.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.