Khamis, Ogos 15, 2013


Zaharudin Muhamad yang juga Ahli Majlis Syura Pas yang didakwa mempunyai pengaruh serta sering campur tangan dalam urusan parti, memburukkan Hadi Awang.

Ini mungkin sesuatu yang tidak dijangka oleh Haji Hadi sendiri, namun kini orang sudah bercakap macam-macam mengenai kepimpinannya. 

Semuanya kerana terlihat adanya pengaruh menantu dalam kepimpinannya sejak kebelakangan ini walaupun di zaman mudanya, Haji Hadi adalah pemimpin digeruni dan disanjung tinggi.

Isu ini bermula dengan pertelingkahan beberapa kerusi antara PAS, PKR dan PSM dalam pilihanraya lalu di DUN Kota Damansara. 

Zaharudin dikatakan mempengaruhi Haji Hadi menandatangai surat watikah kepada calon PAS meskipun dipersetujui bahawa kerusi itu ditandingi oleh calon PSM yang menggunakan lambang PKR.

Disebabkan hal itu, kerusi Kota Damansara yang sebelumnya milik PR melalui calonnya, Dr Nasir berubah tangan kepada BN. BN seperti menang percuma kerana berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN itu.

Di beberapa kerusi DUN di Terengganu yang berlaku pertindihan kerusi antara PAS dengan PKR dan kemudian timbul isu pil kuda dan sebagainya yang dibangkitkan oleh Haji Hadi sebagai alasan mengapa PAS turut meletakkan calonnya, juga dikaitkan dengan pengaruh Zaharudin terhadap bapa mertuanya itu.

Dalam isu Kota Damansara, Zaharudin juga berlaga angin dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempertahankan konsep pengagihan kerusi yang dipersetujui sebelum ini. 

Pertelingkahan itu berlarutan sehingga sekarang apabila Zaharudin masih mempertahankan hujahnya bahawa tindakan PAS meletakkan calon bukan penyebab calon BN menang di kerusi itu. 

Beliau memberikan alasan pengundi Kota Damansara adalah "educated" dengan turut mengambil kira latar belakang calon dan sebagainya sebagai asas untuk mengundi dan bukan semata-mata kerana berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Terbaru, Zaharudin yang dikenali dengan Din Ayam juga membangkitkan adanya golongan yang mahu menjatuhkan Haji Hadi sebagai Presiden PAS dan ini segera dikaitkan dengan usahanya untuk mengekalkan kepimpinan ulama dalam PAS dan cuba mengurangkan pengaruh golongan profesional yang berjiwa Islam yang mulai mengambil tempat dalam parti itu.

Zaharudin turut dikaitkan dengan beberapa tokoh berpendidikan agama dalam parti itu yang ingin ditonjolkannya seperti Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh dan sebagainya. 

Pengaruh golongan profesional yang mulai melebar dalam PAS dikatakan ingin disekat pengaruhnya kerana Zaharudin ingin PAS kekal dengan identiti lamanya.

Tindakannya itu bagaimanapun menyebabkan seorang ahli seumur hidup Pas mengemukakan aduan kepada jawatankuasa disiplin parti kerana mendakwa Zaharudin membuat dakwaan tidak berasas dan menimbulkan ketidaktenteraman kepada parti.

Sejauh mana campur tangan dan pengaruh Zaharudin kepada bapa mertuanya sukar dipastikan. Golongan dalam PAS juga berbelah bagi mengenainya tetapi dengan caranya mempertahankan calon PAS bertanding di Kota Damansara sekurang-kurangnya menunjukkan peranannya itu tidak boleh dinafikan.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ..hadi boroi pres pas paling bangang dlm sejarah.. demi aljuburi & stopa ali zina hadi boroi sanggup jadik barua.. taqbir!..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping