Khamis, Ogos 15, 2013


Cadangan untuk memperkenalkan undang-undang baru yang menyamai Ordinan Darurat (EO) tidak semestinya mengetepikan hak asasi manusia, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata beberapa mekanisme termasuk unsur-unsur pemantauan “check and balance”, akan memastikan penyalahgunaan kuasa tidak berlaku untuk undang-undang baru tersebut.

"Sebenarnya, banyak orang kurang puas hati dengan EO ini kerana salah guna kuasa undang-undang tersebut. Sebab undang-undang ini tidak perlu membicarakan seseorang,” kata Khalid dalam satu temubual eksklusif bersama Astro Awani.

“Tetapi untuk undang-undang baru ini, lebih banyak 'check and balance' boleh dikenakan. Boleh pergi ke mahkamah, kita rasa ini tidak menjadi masalah,” kata beliau.

Jelasnya, untuk mengelakkan salahguna kuasa, Kementerian Dalam Negeri mencadangkan pemantauan oleh panel bebas yang mungkin melibatkan bekas hakim.

Pada hujung tahun 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan EO bersama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta Akta Buang Negeri.

Namun kebelakangan ini, pemansuhan EO didakwa telah menyebabkan pembebasan 2,600 tahanan yang kepada peningkatan kadar jenayah ganas.

Berikutan kes tembak yang dilihat semakin berleluasa, Najib telah menyatakan kesediaan kerajaan untuk mempertimbangkan 'apa sahaja' untuk membantu polis memerangi jenayah.

"Kita memohon satu undang-undang baru untuk menggantikan EO, kita pun tahu Najib sudah memberi persetujuan supaya undang-undang baru dibuat secepat mungkin,” katanya.

Tambah beliau, polis berharap undang-undang baru ini akan membantu kita dalam menangani masalah-masalah keganasan penjenayah.

Tambah khalid lagi, salah satu masalah utama yang dihadapi oleh polis kini sejak pemansuhan ordinan darurat adalah ketakutan saksi saksi tampil ke mahkamah untuk memberi keterangan terhadap penjenayah.

“Undang-undang EO(dulu), saksi tidak diperlukan untuk memberi keterangan terbuka di mahkamah, jadi kerahsiaan siapa dia terjamin. Jadi orang yang disiasat itu, dia tidak tahu, bagaimana, atau siapa saksi-saksi yang memberi keterangan itu.”

“Jadi bila kita memansuhkan EO. Saksi engan ke depan untuk membagi keterangan. Ini membuat penjenayah jadi kepala lebih besar. Kerana dia tahu orang tidak berani memberi memberi keterangan terhadap dia,” katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. Azeez rahim punya cerita terbaru takde ke? Takkan dah senyap, banyak orang tak senang duduk azeez jadi pengerusi tabung haji, ungku aziz dah letak benchmark pengerusi tabung haji di satu tahap yg tinggi, dari segi akademik dan pangalaman bisnes. Ya betul azeez byk buat kerja kebajikan tapi tak boleh disamakan dgn dunia korporat. Azeez buat kerja kena ada kamera wartawan dan blogger, sbb nak canang satu dunia ex tingkat 4 ni buat kerja moolia, belakang masyukk...buat kerja ada makna

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping