Khamis, Ogos 01, 2013


Panas beb! Ini satu info yang SH dapat dari seorang rakan mengenai perkembangan isu Syiah ni yang semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Sahabat SH tu mendedahkan bahawa isu pasal Syiah ni dibangkitkan untuk membunuh beberapa karekter yang kini bertapak kukuh didalam PAS.

Perkara itu bukan la satu perkembangan terkini. Ianya dah menjadi satu 'Rahsia Umum'. Semua orang tau bahawa ianya hanya satu mainan Politik PAS.

Seperti yang SH katakan semalam. Perbalahan dalam PAS hari ini cukup kronik dan ianya tidak mampu untuk diselindungi dari pengetahuan rakyat.

Apa yang kita hairannya, isu berkaitan dengan Syiah ni bukan didedahkan oleh orang luar dari PAS. Tetapi ianya dilakukan oleh mereka yang dari dalam PAS sendiri.

Mereka yang mendedahkan perkara tersebut kepada pihak media dan kemudiannya dijadikan satu isu hangat adalah untuk mengekang penguasaan Syiah dalam PAS.

Kita boleh lihat beberapa orang pemimpin PAS sejak kebelakangan ini mula menjadi panas punggung apabila isu Syiah ini dibangkitkan.

Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan 'Menantu Presiden' dijadikan bahan jajaan untuk menjatuhkan Hadi Awang. Kali ini, isu Syiah pula jadi topik untuk 'Membunuh Mat Syabun'.

Ada pihak yang mendedahkan, kedua - dua isu tersebut dibangkitkan oleh pihak yang sama iaitu mereka yang Pro Anwarinas supaya mudah untuk mereka buat kerja.

Apa yang kita tak faham ialah bagaimana orang yang dulunya bertanding sesama sendiri boleh jadi 'kawan baik' tak tentu pasal. Itu yang buat kita garu kepala.

Jika kita toleh semula kebelakang, perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS berlaku diantara Pak Berahim dan Mat Syabun yang menyaksikan Si Mat Syabun tu menang.

Tetapi, ketika ini, kita dapat lihat bagaimana Pak Berahim mati - matian mempertahankan Si Mat Syabun dari sebarang kritikan oleh masyarakat.

Ianya bukan baru kita sedari. Tapi sejak dari isu mengenai 'Komunis' lagi, Pak Berahim asyik membela Si Mat Syabun tu tanpa henti - henti.

Malah, dalam isu berkaitan dengan Syiah ini juga dilihat Pak Berahim lebih banyak bersuara bagi pihak Mat Syabun yang didakwa terlibat dengan Syiah.

Soalnya, kenapa Pak Berahim sibuk sangat nak mempertahankan Si Mat Syabun tu dari sebarang serangan yang dibuat? Sejak bila dia jadi Ketua Penerangan Mat Syabun?

Beberapa penyokong PAS sendiri tertanya - tanya. Adakah wujud satu 'perjanjian sulit' diantara Pak Berahim dan Mat Syabun sewaktu pertandingan Timbalan Presiden dulu?

Nah!!! Sekarang kita boleh lihat permainan PAS yang sebenarnya. Mereka ni memang ada percaturan yang cukup teratur dan tersusun. Tetapi, malangnya, percaturan itu dibuat untuk menjahanamkan sesama sendiri!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping