Sepanjang minggu lepas kita dengar rungutan demi rungutan dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu mengenai keputusan mahkamah terhadap petisyen yang dibuat.
Mereka jelas kecewa dengan tindakan pihak mahkamah yang menolak mentah - mentah petisyen yang dibuat atas alasan teknikal.
Selain dari itu, puak - puak Pakatan Haramjadah ni jugak turut mempertikaikan pembayaran kos yang tak masuk akal ditetapkan oleh pihak mahkamah.
Tapi, persoalannya, adakah mereka yakin bahawa mereka mampu untuk menang jika petisyen tersebut dibicarakan? Adakah mereka mampu mengubah keputusan tersebut?
Bayangkan. Sekiranya kes tersebut dibicarakan dan didapati mereka tetap kalah, adakah mereka akan menerimanya dengan hati yang terbuka seperti keputusan PRU yang lalu?
Rasanya tidak juga. Masih jugak diorang enggan terima Kebenaran. Masih jugak diorang akan mempertikaikan keputusan yang dibuat.
Sebagai contoh. Sekiranya kes berkaitan dengan Si Nurul Izzah di Lembah Pantai ini dibicarakan oleh mahkamah Pilihan Raya dan dia kalah, macam mana?
Adakah Si Nurul Izzah ni mampu untuk menerima kekalahan tersebut? Adakah dia tetap akan redha dengan keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah kelak?
Kira mujur la mahkamah tolak petisyen diorang tu sebenarnya. Kalau ianya dibicarakan jugak, belum tentu lagi diorang boleh menang. Kalau kalah, lagi teruk la jawabnya.
Lagi pun, keputusan mahkamah tu dibuat berdasarkan ketidak-mampuan peguam mereka sendiri dalam memfailkan petisyen di mahkamah. Kalau kena gaya macam hebat sangat masing - masing. Tapi isi borang pun boleh salah. Hebat menda kejadahnya!!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya pada Khamis menolak petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai.Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan bantahan awal Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk menolak petisyen yang difailkan pengundi, Mohamad Sazali Kamilan.Mahkamah turut memerintahkan pempetisyen membayar kos RM40,000.Pada PRU-13 lalu, Nurul Izzah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba dengan majoriti 1,847 undi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.