Khamis, Ogos 01, 2013


Itu satu persoalan yang diajukan oleh seorang sahabat kepada SH mengenai perkembangan terkini berhubung isu pasal Syiah ni.

Jika kita lihat, PAS memang tak boleh nak nafikan bahawa ada dikalangan pemimpin serta pengikut mereka sendiri yang berpegang kepada fahaman Syiah ni.

Tapi, kalau kita ikuti kenyataan - kenyataan media yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin kanan parti itu, mereka seolah - olah menafikannya.

Mereka dilihat seolah - olah cuba untuk menyembunyikan sesuatu. Apa yang hendak mereka sembunyikan dari pengetahuan rakyat sebenarnya?

SH cuma sekadar mengulas kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mohd Asri yang menjelaskan bahawa memang wujud pengikut Syiah ni dalam PAS.

Namun, kata Dr. Asri, perkara tersebut bukan la satu perkembangan terbaru yang berlaku didalam PAS. Sebenarnya, isu ni dah lama menular dalam PAS.
"Saya difahamkan oleh kawan-kawan dalam PAS, Syiah antara perkara yang ada di dalam PAS dan mereka tidak menafikannya.

"Mereka memaklumkan kepada supaya ada tindakan tegas untuk mengikis kewujudan Syiah dalam PAS, sebab isu Syiah dalam PAS bukan isu baru," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, hari ini.

"Mungkin kalau mereka kata ada tak pihak mengambil kesempatan untuk menjadikan ia isu politik? Kemungkinnya ada dan berasas.

"Oleh kerana 'point' ada, maka orang ambil kesempatan. Tapi apa yang boleh kita simpulkan, Syiah adalah satu masalah dalam negara...

"(Tetapi) isu ini nampaknya diperbesarkan di dalam media sama ada ia disebabkan agenda politik atau disebabkan tiada isu semasa untuk dijadikan perbahasan selepas pilihan raya, jadi isu Syiah mengambil tempat," katanya.
Pendedahan dan penjelasan yang dibuat oleh Dr. Asri menjelaskan bahawa PAS sebenarnya memang Hipokrit bila bercerita pasal isu Syiah.

Maka disitu timbul persoalan dikalangan rakyat. Kenapa tidak dari dulu lagi PAS mengekang perkembangan Syiah ni di Malaysia? Apa yang diorang buat?

Jika benar PAS nak mengekang perkembangan Syiah di Malaysia, mereka sepatutnya dah lama buat dalam parti mereka sendiri. Tapi, kenapa ianya dibiarkan begitu sahaja?

Nampak sangat la yang PAS ni sebenarnya hanya 'Separuh Hati' nak bercerita pasal Syiah ni. Hakikatnya, mereka ni hanya sekadar nak menipu rakyat. Bukan la diorang ni benar - benar nak menegakkan Islam sangat pun!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping