Rabu, Julai 31, 2013


Nak kata bodoh, rasanya susah jugak la. Tapi apa kan daya. Dah memang bodoh pun. Kalau dia bijak, takkan la dia boleh kena saman ye tak.

Yang bertambah malangnya, Si Ketua Penipu tu dapat 'Sedap', penyudahnya dia pulak yang kena saman!!! Tak mendatangkan faedah lansung dia cuba nak tolong Si Ketua Penipu tu. Menyusahkan diri sendiri ada la!!!
Editor Malaysia Today Raja Petra Kamarudin diperintahkan membayar RM300,000 kepada peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataan fitnah.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Farah Hana Hashim pada Rabu mengarahkan Raja Petra membayar kadar faedah lima peratus bermula Rabu sehingga bayaran penuh dijelaskan.

Muhammad Shafee berjaya mendapatkan penghakiman terhadap Raja Petra pada 2011 di atas tiga artikel berunsur fitnah di laman web Malaysia Today tanpa perlu melalui perbicaraan penuh.

Hakim Mahkamah Tinggi, John Louis O'Hara pada bulan Februari 2011 memutuskan bahawa semua kata-kata menyinggung tersebut adalah artikel memfitnah Muhammad Shafee dan mengarahkan sejumlah ganti rugi yang akan dinilai.

Pada Selasa, Farah Hana berkata anugerah itu adalah disebabkan oleh kedudukan Muhammad Shafee dan sebagai seorang peguam yang mempunyai pengalaman yang luas dan telah memegang jawatan dalam pelbagai bidang.

Dalam penghakimannya, beliau menganggap Muhammad Shafee telah menubuhkan firma guaman sendiri merupakan pemilik tunggal sehingga kini.

Farah Hana berkata beliau mengambil kira kelakuan Muhammad Shafee yang tidak pernah dalam apa jua cara membuat provokasi terhadap Raja Petra untuk membuat kenyataan fitnah.

Beliau berkata kenyataan itu membawa tohmahan memfitnah yang serius terhadap Muhammad Shafee dan memusnahkan reputasi dan penghormatan beliau bukan sahaja sebagai seorang peguam profesional tetapi sebagai seorang yang berwibawa.

Beliau berkata Raja Petra juga tidak pernah membuat apa-apa percubaan untuk mengemukakan sebarang permohonan maaf atau menarik balik kenyataannya.

Peguam telah memfailkan saman terhadap Raja Petra, 60, pada bulan Ogos 2008 kerana menyiarkan tiga artikel bertajuk "Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire", "Money, Power and Sex: What Motivates Man" dan "The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation" pada 6, 7 dan 11 Ogos tahun yang sama di laman web, yang didakwa telah memfitnah beliau.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping