Khamis, Ogos 22, 2013


Huh!!! Tak sedar diri betul Si Husam Kambing ni rupanya. Orang nak buat baik, lain pulak reaksi dia. Nampak sangat la Si Husam ni memang terasa hati sampai hari ini.

Semalam, Rejim PAS Kelantan berniat nak menjaga hati Mantan Exco Rejim PAS Kelantan ni dengan menawarkan dia dua jawatan Pengerusi GLC di Negeri tersebut.

Tapi, dalam kenyataan balas Si Husam, dia menjelaskan bahawa tidak ada sebarang rundingan dibuat mengenai perlantikan tersebut dijalankan.
"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider hari ini.
Walaubagaimana pun, Si Husam ni tak menolak jika dia ditawarkan untuk menjadi Pengerusi GLC yang menguruskan Lebuh Raya Rakyat untuk tutup kemaluan dia.
"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya ditugaskan dulu," tambah beliau.
Heh! Cakap je tak nak jawatan jadi Pengerusi. Tapi hakikatnya, dia tetap juga ada niat nak pegang jawatan tertentu. Jelas Si Husam ni memang suka cakap tak serupa bikin!!!

Tapi dalam kelantangan Si Husam Kambing tu bercakap, dia secara tak lansung mendedahkan satu perkara yang perlu dijelaskan oleh Rejim PAS kepada rakyat.

Si Husam tu kata, sewaktu dia pegang jawatan dulu, susunan pembiayaan untuk projek Lebuh Raya Rakyat tersebut. Ianya melibatkan kawasan lombong besi.

Kata Husam, lombong seluas 3 Ribu Hektar tu telah pun ditarik balik dan diberikan kepada 'Beberapa Individu Tertentu' selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.
"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu..."
Nah!!! Sekarang, Rejim PAS Kelantan yang baru perlu menjelaskan kepada rakyat, siapa yang Husam maksudkan dengan 'Individu Tertentu' yang dapat kawasan lombong tu?

Kenapa pulak Rejim PAS Kelantan boleh bagi kawasan seluas 3 RIBU HEKTAR tu kepada mereka? Apa yang Rejim PAS Kelantan akan perolehi daripadanya?

Jika sebelum ini, PAS sering tuduh orang lain mengamalkan kronisme. Sekarang dah terpalit pada muka mereka sendiri. Nampak sangat la yang diorang ni pun memang jenis manusia yang MUNAFIK!!! Pandai tuduh orang, tapi diri sendiri buat benda yang sama!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping