Khamis, Ogos 22, 2013


Nampak gayanya, usaha puak - puak yang menentang Tok Jan sebelum ini masih tidak berjaya. Mereka telah GAGAL menyingkirkan Tok Jan secara Total.

Sebaik sahaja selepas habis Pilihan Raya Umum, gerombolan yang katanya diketuai oleh Si Phahrolrazi tu dikhabarkan cuba untuk menyingkirkan Tok Jan dengan pelbagai cara.

Mula - mula mereka meletakkan semua kesilapan dan kegagalan diatas bahu Tok Jan. Tok Jan didakwa bertanggungjawab menyebabkan kekalahan PAS di Kedah.

Tak cukup dengan itu, ada dikalangan pemimpin - pemimpin PAS Kedah sendiri mengatur langkah dalam usaha untuk memburuk - burukkan Tok Jan.

Mereka buat pelbagai spekulasi pada ketika Tok Jan masih lagi terlantar didalam Hospital. Tak cukup dengan itu, diorang cuba pulak pujuk Tok Jan untuk lepaskan jawatan.

Namun akhirnya, semua impian dan perancangan mereka itu tidak berjaya. Maka, melopong la mereka yang GILA KUASA tu bila baca artikel dibawah. Jangan diorang buat demonstrasi jalanan pulak lepas ni sudah la!!!
Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. 

Menurut bekas Setiausaha Akhbar beliau, Helmi Khalid, rombongan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Md Rozai Safian tiba di wad hospital berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi untuk proses angkat sumpah itu. 

"Proses berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit," katanya. 

Antara yang hadir semasa proses angkat sumpah itu ialah Timbalan Speaker Datuk Azmi Che Husain, Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Syed Isa Syed Ibrahim, Penasihat Undang-undang negeri Datuk Anas Ahmad Zakie dan Adun Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah. 

Difahamkan proses angkat sumpah berkenaan berjalan lancar dan Azizan tidak menandatangani, sebaliknya hanya menggunakan cap jari sebagai pengesahan diri. 

Azizan dipotong kedua-dua belah kakinya kerana mengalami komplikasi diabetes yang kronik 10 Mei lalu dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira tiga bulan sebelum dipindahkan ke HSB minggu lepas.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping