Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim menyerahkan isu pelantikan adiknya Rodziah Abdul Kassim sebagai pegawai khas kepada pihak pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Katanya, perkara itu dalam proses penelitian dan sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan yang diterimanya.
Semalam Sinar Harian memetik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengarahkan Rodziah Abdul Kassim meletakkan jawatan sebagai pembantu khas abangnya.
Kata Guan Eng, kerajaan negeri itu melarang anggota exco melantik ahli keluarga untuk bertugas di bawah kapasiti exco itu sendiri.
"Pentadbiran sedang dalam urusan untuk diselesaikan. Urusan pentadbiran diurus oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, apabila lantikan dulu pun diuruskan oleh pejabat SUK, apabila kita gunapakai peraturan itu pejabat SUK yang akan uruskan.
"Kalau saya cadang pun lantikan itu kalau urusan membuat keputusan kerajaan negeri yang buat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Antarapos juga difahamkan Rodziah sudah menyerahkan surat peletakan jawatan akhir bulan lalu selepas minit mesyuarat exco telah disahkan.
Selain Abdul Malik seorang lagi exco yang melantik anggota keluarga sebagai pembantu ialah exco Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Chong Eng.
Sinar Harian selain itu memetik Guan Eng menjelaskan bahawa tidak menjadi masalah jika mana-mana ahli keluarga exco menjalani prosedur biasa untuk menjawat jawatan kerajaan negeri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.