Isnin, Ogos 05, 2013


Jika tadi kita dah baca mengenai serangan terbuka Si Nurul Izzah ni terhadap PAS kerana menyebabkan kekalahan PKR dikawasan Kota Damansara.

Persoalannya, kenapa baru sekarang Si Nurul Izzah tu nak bersuara? Mentang - mentang la dia masih kekal sebagai Ahli Parlimen, banyak pulak bunyi dia ye.

Mungkin sebab itulah dia berani bersuara. Sebab dia masih lagi kekal sebagai Ahli Parlimen. Jika tidak, dia sendiri pun kelam kabut dibuatnya.

Sebelum ini, Si Nurul Izzah tu memuji - muji keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah mengenai kedudukan dia sebagai Ahli Parlimen.

Si Nurul Izzah tu menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah sebagai satu tindakan yang adil dan perundangan tersebut masih belum lapuk.
"Saya bersyukur kerana dakwaan yang mengaitkan saya mengganggu-gugat peti-peti undi itu digugurkan dan saya bersyukur nama saya dapat dibersihkan menerusi cara ini.

“Pada saya reformasi sistem pilihan raya termasuk undang-undang itu wajib dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di pekarangan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, hari ini. - seterusnya...
Ternyata, kenyataan Si Nurul Izzah tu dibuat kerana ianya ada kaitan dengan kepentingan peribadi dia semata - mata. Bukan atas dasar kepentingan Pakatan.

Apa yang jelas, kenyataan Si Nurul Izzah tu disanggah oleh PAS. Mereka masih lagi mempersoalkan tindakan mahkamah yang menolak petisyen yang dah dibuat.

Nak pulak dalam kenyataan Si Din Pudu yang mendakwa KONONnya tindakan mahkamah itu hanya sekadar menguji kesabaran rakyat.
"Walaupun kita bertanding di atas padang yang tidak sama rata tetapi kita tetap bertanding kerana mahu peralihan kuasa berlaku dengan aman.

"PAS tidak pernah gagal menyertai setiap pilihanraya walaupun kita tahu terlalu banyak perkara yang tidak telus dan berat sebelah berlaku, jangan uji kesabaran kami sehingga kami sudah tidak mahu lagi menyertai pilihanraya" ujar Salahuddin.

"Jangan uji kesabaran rakyat yang sehingga ini masih bersabar dengan segala penipuan dan penyelewengan rakyat, kesabaran ini ada tahapnya" tambah Salahudin.
Nah!!! Kan nampak sangat pendirian mereka ni berbeza diantara satu dengan yang lain. Jadi, jelas la bahawa pendirian puak - puak Pakatan ni pun tak sama. 

Diorang ni nama je Pakatan. Tapi nak buat pendirian yang mudah macam ni pun diorang masih berbalah sesama sendiri!!! Pakatan menda kejadahnya kalau macam tu!!! Itu pakat nak menjahanamkan Negara namanya!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. yb salahuddin.nak keluarkan kenyataan biarlah standard jangan masa kita untung kita kata moleh telus dan sebagainya. masa kemenangan di pihak lawan kita kata ia korupsi. pegilah, jadilah yb yang betul2 genuine

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping