Isnin, Ogos 05, 2013


Huh! Nampak gayanya kes 'Pembunuhan Presiden' ni masih belum selesai lagi. Ada lagi pendedahan - pendedahan yang masih belum dilakukan.

Sehingga hari ini, masih ada dikalangan ahli serta para penyokong PAS yang tertanya - tanya, siapa dalang disebalik gerakan 'Pembunuhan' itu yang sebenarnya.

Jawapan tu hanya mereka sahaja yang mampu untuk menjawabnya. Itu pun kalau diorang benar - benar ikhlas kepada ahli yang setia dalam perjuangan.

Tapi, SH yakin yang mereka takkan berani dedahkan siapa dalang atau 'Master Mind' disebalik isu berkaitan kepada umum. Semua tu hanya untuk menyelamatkan diri sendiri.

Persoalannya, kenapa mereka beria - ia sangat nak singkirkan Hadi Awang ni dari dalam parti? Sebab mereka tahu Hadi Awang cenderung ke arah penyatuan Ummah.

Maka disebabkan itu mereka menggunakan pelbagai alasan untuk memburuk - burukkan nama Hadi Awang. Termasuk la menggunakan nama menantu dia sekali.

Namun, apa yang pasti, kepincangan serta konflik dalaman PAS pada ketika ini bukan lah satu isu yang boleh disembunyikan lagi. Ianya dah jadi penyakit yang sukar diubati.

Jika punca penyakit tu masih jugak cuba hendak disembunyi dan tidak juga mahu dikeluarkan dari dalam, maka selama - lamanya la PAS hidup macam bangkai!!!
Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menegaskan beliau sedia tampil dan menyerahkan bukti kepada Jawatankuasa Displin parti berhubung dakwaaan wujudnya usaha sabotaj dalaman parti secara terbuka pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi respon berhubung aduan displin yang dibuat oleh anggota PAS seumur hidup Zulhazmi Shariff baru-baru ini kerana didakwanya tidak menepati prosedur.

Dua hari ini gajet saya meriah dengan para wartawan. Mereka ingin mendapatkan maklum balas berhubung status seorang lawyer (peguam) bernama Zulhazmi yang kononnya membuat laporan disiplin. Laporan itu tidak menepati prosedur dan tidak perlu saya respon.

"Namun jika ada laporan disiplin yang sah dan saya dirujuk kepadanya, Insya-Allah saya sedia tampil bersama bukti yang telah saya nyatakan sebelum ini dan saya menegaskan bahawa syaratnya mestilah tindakan diambil," kata Zaharudin (kanan).

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya tengah malam tadi.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping