Ah sudah!!! Ni apa pasal pulak ni? Kenapa pulak Si Nurul Izzah tu tak semena - mena je nak memalukan Papa dia sendiri depan khalayak ramai?
Dah hilang rasa hormat dia ke terhadap Papa dia? Ke ini cara dia 'membalas budi' yang Papa dia dah berikan kepada dia selama hari ini?
Sebelum ini, Si Ketua Penipu serta segelintir pemimpin Pakatan menyelar tindakan mahkamah yang telah mengenepikan Petisyen Pilihan Raya yang telah dibuat.
Kata mereka, alasan yang diberikan oleh pihak mahkamah tidak masuk akal dan jumlah pampasan yang perlu dibayar jugak agak melampau.
Namun, lain pulak bagi anak kepada Si Ketua Penipu tu. Dia berpendapat, keputusan mahkamah tu tidak lapuk dan sangat tepat untuk membersihkan nama dia:
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang berjaya mengetepikan petisyen BN untuk membatalkan keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen itu menyifatkan keputusan itu sebagai usaha untuk membersihkan namanya.Katanya, kejayaan beliau mengekalkan kerusi Parlimen membuktikan undang-undang petisyen pilihan raya yang wujud sejak 1954 itu tidak lapuk malah masih relevan dalam semua petisyen sama ada yang difailkan BN mahupun PR.“Saya bersyukur kerana dakwaan yang mengaitkan saya mengganggu-gugat peti-peti undi itu digugurkan dan saya bersyukur nama saya dapat dibersihkan menerusi cara ini.“Pada saya reformasi sistem pilihan raya termasuk undang-undang itu wajib dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di pekarangan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, hari ini.
Heh! Apa nak heran. keputusan mahkamah tu berpihak pada dia. Memang la dia kata mahkamah tu adil dan sebagainya. Cuba kalau keputusan tu sebaliknya, macam mana?
Andai kata mahkamah gugurkan dia sebagai Ahli Parlimen, nak ke dia kata mahkamah tu adil dan perundangan tu tak lapuk? Jangan harap la!!!
Dah tentu - tentu dia pun akan turut memaki hamun serta memburuk - burukkan sistem perundangan yang sedia ada dengan pelbagai macam tohmahan.
Tinggal lagi, Si Nurul Izzah ni jangan ingat dia boleh terlepas dari dakwaan fitnah yang dibuat terhadap Datuk Raja Nong Chik masa kempen hari tu. Kes tu bukan kes petisyen ye.
Yang failkan petisyen terhadap Si Nurul Izzah sebelum ini bukan Raja Nong Chik. Tapi calon bebas yang turut bertanding di Lembah Pantai. Jangan salah orang pulak.
Soal nak bersihkan nama tu, kita tunggu la keputusan mengenai kes yang difailkan oleh Raja Nong Chik tu dulu. Baru kita boleh tau nama dia bersih atau tidak. Jadi, jangan pulak Si Nurul Izzah tu suka sangat. Belum tentu lagi kes saman tu dia boleh terlepas!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.