Wah!!! Lain rentak permainan Si Nurul Izzah ni. Kalau dulu, dia paling berbulu sekali dengan Si Azmin tu sebab dilihat cuba nak merampas kuasa dalam PKR.
Kali ini, lain pulak ceritanya. Dia secara terang - terangan memberi kebenaran untuk Si Azmin tu bertanding bagi merebut jawatan Presiden PKR Pusat.
Adakah Si Nurul Izzah ni sudah berubah hati? Atau adakah ini hanya salah satu daripada wayang Politik Si Nurul Izzah ni semata - mata?
Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau tiada masalah jika Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu bertanding jawatan presiden parti yang kini disandang ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Terdapat ura-ura Azmin mahu bertanding jawatan presiden PKR berikutan kekosongan selepas Dr Wan Azizah bersara tidak lama lagi."Itu haknya untuk bertanding selepas tempoh yang disandang pengerusi sekarang tamat," kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Lembah Pantai sambil menjelaskan ibunya memegang jawatan itu selama tiga penggal.Katanya, perkara berkenaan tidak menjadi perhatian buat masa ini kerana parti baru sahaja selesai menjalani pilihan raya umum ke 13 (PRU13)."PKR adalah parti yang mengamalkan demokrasi maka sesiapa sahaja berhak untuk bertanding. Seseorang pemimpin itu dinilai dari segi karakter dan pencapaiannya maka biar ahli yang memutuskannya," katanya.
Hakikatnya, semua orang berpendapat bahawa Si Nurul Izzah ni hanya bermain 'wayang' dengan rakyat. Dia cuba nak sembunyikan agenda sebenar dia.
Semua orang pun tahu bahawa Si Nurul Izzah ni tetap menganggap PKR sebagai parti keluarga dia. Jadi, adalah amat mustahil sekiranya dia nak bagi laluan kepada Azmin.
Ada juga yang berpendapat bahawa Si Nurul Izzah tu masih tak jumpa orang yang mampu untuk menggugat Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden.
Tak macam sebelum ini. Dia ada Zaid Al - Araki untuk diperkudakan. Namun kali ini tak de orang yang mempunyai kebolehan sedemikian.
Mahu atau tidak, Si Nurul Izzah ni TERPAKSA tunduk kepada Azmin dan menyokong dia didalam media. Tapi itu hanya dimulut. Dalam hati siapa tau ye tak.
Apa yang jelas, kepimpinan PKR ni semakin hari semakin tergugat dan bertambah goyah apabila masing - masing dah mula Gila Kuasa belaka. Jadi, jangan kita pelik la kalau lepas ni pemilihan PKR tu bukan setakat kerusi je melayang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.