National Feedlot Corporation (NFC) memfailkan dua saman berasingan terhadap pembangkang ekoran memanipulasi laporan Ketua Audit Negara pada 2010.
Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata, dakwaan fitnah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli juga telah menyebabkan pergerakan syarikat terbantut.
"Kenyataan media oleh dua ahli parlimen PKR yang berasaskan sangkaan dan juga menyeleweng bukan sahaja mendatangkan kemarahan rakyat malah menjadikan kerajaan, komuniti kewangan dan perniagaan memberi tumpuan terhadap NFC.
"...dan menyebabkan kesemua aset NFCorp dan syarikat berkaitannya dibekukan dan fasiliti perbankan ditarik balik oleh institusi kewangan," katanya kepada pemberita di Solaris, Bukit Kiara, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Mohammad Salleh berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rafizi dan Zuraida yang mendakwa NFC gagal memenuhi perjanjiannya bersama kerajaan apabila hanya berjaya mengeluarkan 246,000 ekor lembu pada 2010 dan bukannya 330,000 sepertimana yang tertera pada perjanjian Program Pembangunan Usahawan.
"Laporan audit yang dibentangkan Rafizi berdasarkan parameter Perjanjian Pelaksanaan yang ditandatangani dan bukannya menerusi statistik keseluruhan polisi kerajaan yang disiarkan di laman sesawang.
Sementara itu, Muhammad Salleh turut menjelaskan, laporan polis yang dibuat tidak mempunyai kaitan dengan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan bertanding pada Pemilihan UMNO Oktober ini.
"Ia tiada kaitan dengan isteri saya, sidang media ini pun dibuat oleh peguam telah tunggu sekian lama. Biar saya tegaskan bahawa penjelasan ini tiada kena mengena dengan pemilihan beliau (Shahrizat dalam Umno),” tegasnya.
Sebelum ini, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak gentar untuk berdepan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membabitkan suaminya pada pertandingan merebut jawatan tertinggi Pergerakan Wanita Umno Oktober ini.
"Yang hendak bertanding adalah saya, Shahrizat Abdul Jalil dan bukannya suami saya (pengerusi eksekutif NFC Datuk Dr) Mohamad Salleh Ismail.
"Suami saya walaupun menghadapi pelbagai tohmahan dan fitnah, beliau tidak dijatuhkan apa-apa hukuman... Kita kena ingat dalam dunia ni termasuk Malaysia seseorang itu tidak dianggap bersalah sebelum hukuman dijatuhi," katanya
Kalau kerajaan membekukan semua aset NFC maknanya betullah tu.
BalasPadamTak kan kerajaan gila nak bekukan aset sebuah syarikat jika tuduhan tak betul.
Kenyataannya terimalah NFC telah gagal. Press statement ni adalah untuk menimbulkan keraguan sahaja bagi bantu istrinya jadi ketua wanita. Tapi rakyat boleh berfikir sendiri melainkan yg tak berotak.
Yg tak berotak tu ngko.kalau betul maka syarikat yg buat saham emas tu pun aset dia dibekukan.jadi syarikat bersalah lah?bengong!aset dibekukan bermakna dalam perbicaraan la ngok.
BalasPadam