“Anwar dah kata, kalau ada bukti, awak beri saya jawab..saya dah beri bukti..tengoklah dia akan jawab ke atau menyeleweng sana (sini),” katanya dalam sidang media semalam yang dirakamkan rakyatnews.Baru-baru ini Yuktes turut membuat dua laporan polis tentang Anwar. Pertama, berkaitan dengan penyalah gunaan surat cuti sakit (MC) palsu dan kedua berkaitan dengan penipuan 40,000 warganegara Bangladesh pada PRU 13 lalu.Tentang MC palsu sudah diketahui umum, lantas Yuktes menjelaskan laporan polis berkaitan laporan keduanya itu.“Tujuan laporan polis itu dibuat adalah untuk memberitahu pihak polis, mahkamah dan rakyat Malaysia wajah sebenar parti pembangkang khususnya cara politik kotor PKR.“Kelakuan pembangkang yang ghairah ingin berkuasa dan memerintah tanpa mempedulikan sistem keadilan dan kehakiman mendorong saya untuk tampil ke hadapan mendedahkan penipuan itu supaya pihak mahkamah dan rakyat tidak diperdayakan lagi,” katanya dilaporkan Sinar Harian.“Anwar bukan sahaja tidak mengendahkan kenyataan rasmi Duta Bangladesh bahkan beliau terus mengaibkan nama negara di serata Malaysia termasuk Indonesia ketika lawatannya ke negara tersebut selepas PRU 13 lalu.“Ini merupakan modus operandi yang berasaskan pembohongan dan penghasutan beliau untuk mengucar-kacirkan negara dan membawa situasi seperti ‘Arab Spring’ ke Malaysia yang mana boleh dilihat dalam perhimpunan Bersih 3.0 apabila pengikut Anwar mengingkari arahan majistret dan merempuh ‘barricade’ polis,” dakwanya.Selain itu, Yuktes turut kesal apabila isu pengundi hantu warganegara Bangladesh itu tidak dilaporkan secara rasmi kepada pihak polis walhal Anwar sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan dakwaannya, namun apabila diminta membuat laporan polis, hanya isu dakwat kekal sahaja dilaporkan.“Saya mempunyai bukti yang merangkumi dua emel yang menunjukkan komunikasi di antara seorang warga asing yang mewakili badan antarabangsa dalam kes liwat beliau.“Warga asing itu memainkan peranan secara langsung dalam mempengaruhi pandangan negara asing tentang kes liwat itu dengan memberi persepsi ia adalah sebuah konspirasi BN,” dakwanya.
Apa lagi Yang Si Ketua Penipu tu nak tunggu? Dia nak tunggu bulan jatuh ke riba ke? Atau dia harap dia mampu membuatkan Si Yuktes ni akan mendiamkan diri?
Sama jugak macam kes dengan Datuk Eskay dulu. Dah banyak pihak yang mendesak agar Si Ketua Penipu tu ambik tindakan dan saman Datuk Eskay.
Tapi sampai ke sudah Si Ketua Penipu tu tak jugak ambik tindakan. Jelas ianya membuktikan bahawa apa yang didedahkan itu benar. Sebab itu Si Ketua Penipu tu takut.
Persoalan yang perlu kita tanya diri kita sekarang ni, adakah itu jenis manusia yang hendak dijadikan sebagai pemimpin? Nak menyelamatkan maruah diri sendiri pun dia tak berani. Macam mana dia nak selamatkan maruah Negara kelak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.