Ahad, Ogos 04, 2013


Sekarang ni, yang mana satu yang nak diterima pakai? Hari tu, Si Hadi Awang, Presiden PAS kata diorang boleh terima fahaman Syiah ni dalam parti.

Malah, bukan setakat Syiah sahaja yang PAS boleh terima. Puak - puak Khawarij pun kalau boleh beri sokongan kepada perjuangan mereka, PAS tetap akan terima jugak.

Dah sekarang, Si Nik Aziz tu pulak kata Syiah ni ajaran sesat. Takkan la PAS nak terima ajaran sesat meresapi parti mereka sendiri?

Yang dipersoalkan sekarang ni ialah mengenai pendirian PAS terhadap Syiah ni. Bukannya nak dijadikan sebagai satu isu Politik seperti yang didakwa oleh Si Hadi Awang tu.

Benda semudah itu, takkan la Si Hadi Awang tu sendiri tak boleh nak bezakan. Katanya, dia ni belajar tinggi sangat. 

Nampak sangat pendirian PAS berkaitan dengan Syiah ni berbelah bahagi sebenarnya. Mereka tak de pendirian yang teguh. Sesama diorang pun masih berbalah.

Maka, ianya mula menjadi tanda tanya dikalangan ahli serta penyokong parti. Adakah PAS sanggup terima ajaran sesat seperti Syiah ni menjadi sebahagian dari parti hanya semata - mata nak meraih sokongan dan undi Politik!!!
KOTA BHARU: Fahaman Syiah adalah sesat kerana ia mengubah Islam sehingga tidak mengikut ajarannya yang sebenar, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bekas menteri besar Kelantan itu menambah ajaran Syiah sama seperti fahaman sekular yang menyesatkan umat Islam di negara ini.

Beliau kemudiannya menzahirkan perasaan leganya apabila media mendedahkan keburukan fahaman tersebut bagi membuka mata rakyat negara ini.

"Alhamdulillah perasaan gerun pada Syiah mula timbul di Malaysia apabila media melaporkan mengenai fahaman tersebut. Tapi kena ingat Syiah dengan sekular serupa saja, sama-sama sesat.

"Syiah ini terima Islam tetapi diubah sehingga tidak mengikut ajaran sebenarnya dan perlu diingatkan juga fahaman tersebut serupa dengan sekular.

"Sampai satu peringkat sehingga ada nikah mutaah. mana ada orang yang tidak mahukan perempuan secara percuma. Akad nikah idak tahu mana walinya, nikah mutaah ini mahu puja nafsu kerana nikah mutaah tidak kira ambil isteri orang atau anak orang,"katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan semalam.
Categories: ,

1 ulasan:


  1. Tuhan Kena Tipu ?????

    Bila orang lain buat benda2 yang nampak macam menghina islam, tak perlu lah kita orang melayu nak melenting seolah2 islam ini hak exclusive kelompok melayu saja. Pada hal islam ni hak semua manusia yang menjadi pengikutnya.

    Kalau kita nak islam ni betul2 dihormati dan disegani YANG MAHA MAHA PENTING ADALAH KITA BUKTIKAN KITA CAKAP SERUPA BIKIN.

    Saya lontarkan berapa persoalan untuk difikirkan oleh mereka2 yang bergelar ulamak. Orang biasa macam kita tak boleh nak ubah apa2, hanya ulamak yang boleh MEMBUAT TRANSFORMASI TERHADAP IMEJ ISLAM.

    1. Lucu lagi melucukan .. berkongsi satu bulan, satu matahari dan satu tuhan lagi .. tapi sambut puasa tak sama, sambut raya pun tak sama.

    2. Lakun lagi melakunkan .. Syiah Sunni sampai kiamat tak akan berbaik, tapi boleh pulak bersama di Masjidil Haram bersolat tarawikh bersama, dan boleh pulak mengelilingi Kaabah bersama.

    Minta maaf adik kakak. Kita rasa tak ada umat mana2 agama pun yang paling hebat lakunan nya kalau bukan umat islam.

    Tuhan Pun Kena Tipu ...

    Kalau anda nak tengok waktu mana umat islam terang2 menipu tuhan mereka kononnya mereka adalah umat yang bersatu, maka anda sertai lah majlis sembahyang berjemaah mereka tak kira lah dimana2 pun. Anda akan kagum dengan kesepakatan dan ketaatan mereka kepada pemimpin (imam).

    Semasa sembahyang jemaah. Imam suruh diam dan jangan bercakap2 .. semua orang yang ada akan diam tak kira dia Sunni atau Syiah. Iman tunduk ... semua orang yang ada akan tunduk macam mana iman tunduk tak kira dia Sunni atau Syiah. Iman duduk ... semua yang ada akan duduk macam mana iman duduk tak kira dia Sunni atau Syiah. Imam berdiri ... semua orang yang ada akan berdiri tak kira dia Sunni atau Syiah. Bila imam angkat tangan menadah berdoa kepada tuhan semua yang ada akan angkat tangan menadah sebagai tanda bersedia menanti apa saja yang akan tuhan campakkan dari langit. Sesudah selesai majlis solat berjemaah, mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda persaudaraan. CANTIK NYA ISLAM. Kalau tuhan itu makhluk macam kita yang punyai perasaan suka dan duka, tentu dalam situasi begini TUHAN AKAN TERASA BETAPA BAHAGIANYA.

    Tetapi setelah mereka meninggalkan Majlis Sembahyang Berjemaah yang sama2 mereka Sunni Syiah jayakan tadi, mereka kembali kepada keadaan mereka yang sebenar yang sejak berzaman dan berkurun bermusuhan antara satu sama lain.

    Itu lah saya yang saya katakan TUHAN ISLAM PADA SETIAP MASA KENA TIPU DENGAN PENGANUT ISLAM SENDIRI. Orang Syiah menipu Tuhan (Allah), orang Sunni juga menipu Tuhan (Allah) yang sama.

    Wahai para Ulamak Dimana anda sedang bersembunyi ? Tidak kah ulamak sedarkah bahawa mereka juga sedang memimpin para pengikut mereka untuk MENIPU TUHAN mereka ?

    Wahai para Ulamak, bertanya lah kepada Tuhan kamu siapa yang paling perfect diantara ajaran Sunni dengan Syiah. Jika anda para Ulamak merasakan adalah mustahil untuk bertanya kepada Tuhan dan mustahil Tuhan akan jawab walau pun jika ditanya MAKA ANDA SEBAGAI ULAMAK TOLONG SELAMATKAN ISLAM, CARI CARI LAH TITIK PERTEMUAN SUNNI SYIAH.

    Wahai Para Ulamak Syiah, Wahai Para Ulamak Sunni ... Tolong Hentikan Perbuatan Anda Menipu Tuhan. Telah sekian lama kalian memimpin pengikut kalian menipu Tuhan kalian. Kami2 yang celik, yang sayangkan islam, yang mahukan umat islam bersatu, yang mahukan umat islam maju semaju penganut agama lain SUDAH MENCURIGAI NIAT SEBENAR ULAMAK SUNNI SYIAH YANG SERING MEMBURUK2KAN ANTARA SATU SAMA LAIN ... ANDA MAIN POLITIK RUPANYA.

    Nicky Aizat

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping