Semakin hari semakin panas pulak cuaca sepanjang sesi pemilihan UMNO kali ini. Jauh sangat bezanya dengan sesi pemilihan sebelum ini.
Sebelum ini, SH malas nak cerita pasal pemilihan UMNO ni. Tapi selepas mendengar cerita dari seorang sahabat semalam, tergerak hati pulak nak luahkan perasaan.
Apa yang disampaikan oleh sahabat SH ni bukan cerita pasal pemilihan MT. Tapi hanya sekadar apa yang berlaku di peringkat pemilihan Bahagian sahaja.
Memandangkan sekarang ni sesi mesyuarat diperingkat cawangan sudah pun dimulakan, maka banyak la cerita - cerita 'Bombastik' yang mula keluar.
Apa yang SH hairan, kempen yang dijalankan oleh sesetengah individu yang nak bertanding dah mengalahkan strategi yang digunakan untuk lawan dengan Pakatan.
Nampak gayanya, diorang ni lebih cekap membuat persepsi terhadap lawan sesama parti. Kalau buat persepsi terhadap parti lawan, diorang tak reti pulak.
Beberapa doktrin yang dilihat menjadi bahan kempen dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu kini sudah mula menular dalam UMNO sendiri.
Ada yang menggunakan slogan 'Ubah', 'Tukar' dan sebagainya untuk memancing undi dikalangan ahli parti. Tak kurang jugak dengan bab 'Membunuh' ni.
Tu belum cerita pasal bab lain lagi. Kalau bab 'Jual Nama' pemimpin tertentu untuk dapatkan sokongan, ianya dah menjadi 'Kebiasaan'.
Harapan diorang, bila jual nama pemimpin tersebut, diorang akan dapat kepercayaan dari ahli akar umbi. Kononnya pemimpin tu bagi 'Restu' la pada dia nak pegang jawatan.
Ada jugak yang mula menggunakan ayat - ayat yang pernah dipakai oleh Si Ketua Penipu tu sendiri. Mereka juga sanggup buat apa sahaja 'At All Cost'!!!
Hal itu yang mengejutkan SH. Sampai tahap itu nak pilih pemimpin diperingkat Bahagian. Macam mana pulak diperingkat Majlis Tertinggi nanti?
Jelas sahabat SH, dalam keadaan semasa ada yang sanggup buat persepsi sendiri dengan memburuk - burukkan pihak lawan hanya untuk meraih undi.
Diorang buat cerita bukan - bukan terhadap kem lawan yang KONONnya dikatakan menjaja keburukkan orang itu dan ini. Walhal, kem lawan tu tak buat pun benda tu.
Yang peliknya, ada jugak pihak yang percaya dengan khabar angin macam tu. Ada jugak orang yang terpengaruh bila dengar cerita sedemikian.
Korang bayangkan. Andai kata taktik sedemikian digunakan untuk menjatuhkan pihak Pakatan sebelum ini, rasanya BN boleh menang besar.
Tapi hakikatnya, manusia ni tetap sama. Duduk la dalam mana parti sekali pun, penyudahnya tetap serupa. Kalau dah Gila Kuasa tu, diorang sanggup buat apa sahaja. Tu pun bukan untuk kepentingan rakyat. Cuma untuk kepentingan diri masing - masing je!!!
Ps: Harap - harap masa Mesyuarat di peringkat Bahagian nanti, jangan pulak ada yang sampai baling - baling kerusi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.