Memandangkan hari ini hari terakhir kita berpuasa, maka elok juga sekiranya SH menyampaikan laporan mengenai keadaan trafik pada waktu sebegini.
Dilaporkan semua kawasan trafik bergerak perlahan terutama sekali dikawasan lebuh raya utama. Kebanyakkan warga kota berpusu - pusu nak balik raya.
Korang bayangkan. Dengan keadaan sekarang pun dah boleh buat 'Highway' jadi sesak, inikan pulak kalau puak - puak Pakatan tu nak turunkan harga kereta.
Mau ada lebuh raya penuh dengan kereta dibuatnya. Nak bergerak pun payah sebab jalan dah penuh dengan kereta belaka. Tu belum cerita pasal statistik kemalangan lagi. Kalau begitu la keadaannya, ada jugak la yang beraya dalam kereta penyudahnya!!!
KUALA LUMPUR - Jumlah kenderaan di beberapa lebuh raya utama semakin meningkat ketika orang ramai mula bergerak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sehingga 5.30 petang ini dilaporkan bergerak perlahan di beberapa kawasan.Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad berkata bilangan kenderaan di beberapa lebuh raya utama semakin bertambah namun lalu lintas masihterkawal.Trafik juga dilaporkan bergerak perlahan di Lebuhraya Plus arah utara disebabkan berlaku dua kemalangan di Km132.1 dari Juru ke Sungai Dua dan di Km178.5 dari Tangkak ke Jasin menyebabkan lorong kanan terhalang."Trafik juga bergerak perlahan sepanjang Jambatan Pulau Pinang ke Seberang Perai," katanya kepada Bernama hari ini.Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan di sekitar Plaza Tol Gombak dan di sekitar Plaza Tol Bentong serta dari Slim River ke Sungkai.Secara keseluruhan trafik masih terkawal di beberapa lebuh raya utama walaupun trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan disebabkan kemalangan kecil, katanya.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
Ps: Berhati - hati dijalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Pandu cermat, jiwa selamat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.