Rabu, Ogos 07, 2013


Kesian Lajim Ukin ni. Si Ketua Penipu tu punya pasal la dia yang jadi mangsa keadaan. Sekarang dia nak salahkan siapa lagi? Nak salahkan UMNO?

Sebelum ini, puak - puak Pakatan tu jugak yang dok pertikaikan pasal tindakan mahkamah yang menolak semua petisyen pilihan raya yang telah difailkan.

Diorang jugak yang tuduh mahkamah ni tidak adil dan sengaja menolak petisyen tersebut dengan alasan - alasan teknikal. Sekarang, mahkamah dah terima petisyen yang difailkan. Apa lagi yang diorang nak cakap!!!
KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya  di sini membenarkan perbicaraan petisyen pilihan raya yang difailkan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang dimenangi Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin.

Ini adalah petisyen pertama yang dibenarkan untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

Dengan keputusan itu, satu pilihan raya kecil dijadualkan dalam masa terdekat ini.
Bagaimanapun, mahkamah tersebut menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Lajim untuk mencabar kerusi Parlimen Beaufort di mana beliau tewas kepada BN.
Petisyen bagi kerusi Klias yang menyaksikan Lajim menang dengan undi majoriti 342, difailkan oleh calon BN, Isnin Aliasnih yang memperoleh 6,182 undi.

Lajim menang dengan 6,324 undi.

Namun, Hakim Yew Jen Kie membatalkan petisyen yang difailkan Isnin terhadap Pegawai Pilihan Raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mengarahkan Isnin membayar kos RM10,000 kepada mereka.

Yew berkata Isnin tidak memberikan alasan bagaimana tindakan RO dan SPR telah menjejaskan keputusan kerusi DUN Klias.

Isnin diwakili peguam Japar Estaban, Saiful Aizat Moktar dan Rizwandean Bukhari Borhan.

Yew turut membatalkan petisyen yang difailkan Lajim untuk mencabar kesahihan keputusan di kerusi Beaufort.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun.

Yew mengarahkan Lajim yang diwakili peguam Datuk Chau Chin Tang dan Datuk Lawrence Thien untuk membayar kos RM30,000 kepada Azizah dan RM10,000 setiap seorang kepada RO, Jupari@Jupri Etok dan SPR ketika perbicaraan pada petang Isnin.

Lajim mencabar keputusan kerusi Parlimen Beaufort dalam petisyen yang difailkannya pada 11 Jun atas pelbagai alasan termasuk, penyalahgunaan kuasa, individu tidak layak dibenarkan mengundi, membeli undi dan berlaku percanggahan dalam proses pilihan raya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping