Huh! Patut la awal - awal lagi penerbit dan editor buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia' tu menggelupor tak tentu arah sebelum ni.
Rupanya, diorang ni takut jika dikenakan sebarang tindakan oleh Pak Lah terhadap isu yang mereka bangkitkan dalam buku tersebut.
Sebelum diorang kena saman, baik la diorang buat pengakuan terlebih dahulu. Diorang bagi la alasan kononnya buku tu telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak.
Hakikatnya, penerbitan buku tersebut hanya untuk memburuk - burukkan imej serta melaga - lagakan Pak Lah dengan segelintir pemimpin UMNO di Malaysia ni.
Apa yang jelas, Pak Lah dijadikan bahan untuk dipolitikkan oleh pihak tertentu di Malaysia ni. Maka adalah wajar sekiranya Pak Lah mengambil tindakan terhadap mereka. Jangan setakat menafikan penglibatan dengan buku itu sahaja!!!
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.Dalam kenyataan media hari ini, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan mesra "Pak Lah" berkata beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh "Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri"."Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat."Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan insya-Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya," katanya."Saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisis tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah."Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan di dalam buku tersebut," katanya.Selain itu, Abdullah berkata beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab di atas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku itu.Katanya, beliau juga tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku itu kerana tidak mahu orang membuat andaian yang buku itu ditulis dan ditaja oleh beliau."Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," tegas Pak Lah.
Nampaknya pihak singapura beriya2 mahu campur tangan politik Malaysia, wp bercanggah dgn kepentingan dan kesejahteraan negara Malaysia sendiri. Selama ini singapura menentang Malaysia secara diam2, tp pasca pru13 mengubah strategi singapura supaya lbh agresif demi mpercepatkan pencpaian agenda mereka. Agenda buruk pemimpin singapura amat dimaklumi oleh semua rakyat Malaysia.
BalasPadam