Mengakui terdapat beberapa kelemahan di dalam gabungan Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS), Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membayangkan masa depan perikatan itu tidak mungkin dapat bertahan lama sekiranya matlamat setiap parti sukar dipenuhi.
Bagaiamanapun, Khalid mendakwa persefahaman yang terjalin semenjak 2008 itu terbukti berjaya lebih-lebih lagi ketika perikatan itu berdepan dengan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya 2008 dan 2013.
"Saya rasa hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat sering dinilai, dan bila kita masuk Pakatan Rakyat tak semestinya akan kekal selama-lamanya, begitu juga parti yang lain sebab setiap parti ada matlamatnya. Jika masih memenuhi matlamat kita, kita pasti akan bersama.
"Semestinya PR ada kelemahan, kita tak boleh kata ia sempurna. Tapi setakat mana yang saya lihat ia adalah cara terbaik untuk berhadapan dengan BN secara satu lawan satu. Keberkesanan terbukti pada PRU12 dan PRU13," katanya ketika wawancara eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini.
Sepanjang PRU-13 berlangsung pada 5 Mei lalu, pelbagai kontroversi terpalit di antara parti perikatan itu sehingga menimbulkan suasana tegang, antaranya DAP yang lantang membantah perlaksanaan hudud sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya nanti.
Rentetan itu, timbul cadangan daripada Ketua Ulama PAS, Datuk Harun Taib kepada ahli-ahli PAS untuk mencadangkan parti itu keluar daripada PR pada muktamar akan datang, namun isu berkenaan lenyap begitu sahaja.
Hasil gabungan tiga parti berkenaan menjadikan mereka sebagai kumpulan pembangkang di dalam Parlimen dan pada PRU-12, PR berjaya memecah tembok kekuasaan BN semenjak negara mencapai kemerdekaan di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, namun kehilangan kuasa di Kedah pada PRU-13 lalu.
Percaya kekalahan di Kedah semasa PRU-13 disebabkan masalah dalaman, Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor bagaimanapun turut mengakui sukar menidakkan kekuasaan Umno dalam kalangan kaum Melayu.
"Dari segi undi Melayu agak sukar sebab kita lawan dengan Umno yang merupakan sebagai tulang belakang BN. Jadi PAS ditugaskan dalam PR untuk melawan parti yang terkuat dalam BN. Semua kerusi yang kita lawan adalah dengan Umno.
"Umno parti terkuat dalam BN. Maka bila kita dapat kerusi terendah berbanding parti-parti lain ia bukan satu perkara yang menghairankan sebab kita lawan dengan yang terkuat.
"Kerana kita (PAS) mempunyai potensi yang terbaik untuk menang, berbanding PKR dan DAP bila lawan dengan Umno. Bila berlawan dengan Umno di kawasan yang Umno ada pengaruh kuat, itu satu pengiktirafan kekuatan PAS oleh rakan-rakan dalam PR," katanya.
Ps: Pengiktirafan apa. Itu semua taktik puak - puak DApigs dan PKR tu nak mengurangkan dominasi PAS dalam Pakatan.
Tapi, dah standard pencacai macam Si Khalid Gereja ni macam tu. Jadi tu pasal la dia tak nampak agenda yang ada didepan mata dia. Apa yang DAPigs dan PKR tu buat pun dia tak tau!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.