Khamis, Ogos 01, 2013


Tergagap - gagap Pengarah Eksekutif Suaram ni menjawab pendedahan yang dibuat oleh Arkitek Scorpene, Jasbir Singh Chahl dalam NST baru - baru ini.

Dia dakwa Jasbir sebagai salah seorang 'Saksi' bagi kes Scorpene di Perancis tidak mendedahkan semua maklumat yang dia ada kepada pihak media.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyifatkan saksi kes Scorpene di Perancis, Jasbir Singh Chahl tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat yang diketahuinya mengenai urus niaga pembelian kapal selam itu kepada media arus perdana.

"Perkara ini menjadi perhatian ramai tetapi beliau tidak mendedahkan semua," katanya pada sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Jasbir yang dilihat memburuk-burukkan Suaram dalam NST.
Heran kan. Sebelum ini, peguam malah pihak berkuasa Perancis sendiri mengakui secara terbuka bahawa tidak ada kes atau siasatan dilakukan berkaitan dengan Scorpene ni.

Malah kes yang didakwa SUARAM kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis juga tidak wujud. Kalau tak de kes, mana datang pulak Jasbir tu jadi saksi?

Itu yang kita peliknya. Si Cythia ni suruh Jasbir Singh tu dedahkan semua maklumat yang dia ada kepada umum sedangkan dalam masa yang sama dia pun tak buat macam tu.

Dalam kenyataan balas Si Cynthia tu, tak de pulak dia menafikan pendedahan yang dibuat oleh Jasbir. Adakah itu menyatakan bahawa dia akui pendedahan yang dibuat?

Jelas. Si Cynthia ni pun tidak ada maklumat yang lengkap mengenai kes Scorpene ni sebab dia sendiri tertanya - tanya mengenai pendedahan yang dibuat oleh Jasbir.

Sewajarnya, Si Cynthia ni tak suruh Jasbir tu dedahkan semuanya kepada umum. Sebaliknya, dia sendiri perlu berbogel depan orang ramai sebab dia dah kantoi!!!

Sebelum ini, Si Cynthia tu GAGAL untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa kenyataan pihak berkuasa dari Perancis tu adalah tidak benar. Sekarang pun sama jugak.

Jika benar Si Jasbir tu mendedahkan perkara yang tidak benar dan hanya berniat memburuk - burukkan SUARAM, kenapa dia tak ambik tindakan? Saman la Si Jasbir Singh tu kerana cuba memburukkan nama SUARAM. Kalau setakat bercakap je baik tak payah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping