Masih belum hilang cerita yang didedahkan oleh bekas pembantu peguam Si Ketua Penipu tu rupanya. Masih lagi ada dikalangan rakyat yang mempertikaikannya.
Soal mereka, kenapa sehingga hari ini Si Ketua Penipu tu masih jugak enggan mengambil tindakan? Kenapa dia hanya mendiamkan diri bila isu itu dibangkitkan?
Sehingga artikel ini ditulis, Si Ketua Penipu tu masih jugak tidak memberikan sebarang respon mengenainya. Malah, peguam Si Ketua Penipu tu pun hanya berdiam diri.
Memang benar la kata Si Yuktes tu sebelum ini. Si Ketua Penipu tu memang takkan berani nak saman dia berkaitan dengan isu tersebut. Sama jugak dengan pendedahan Datuk Eskay sebelum ini. Sampai ke sudah Si Ketua Penipu tu tak berani nak ambik tindakan!!!
Bekas calon BN Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail semalam menyerahkan semua "surat misteri" Bankleaks Anwar/Karpal yang diterimanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Mazlan berkata beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat yang didakwa mengandungi 'urus niaga' oleh pemimpin berkenaan, laporUtusan Malaysia."Seperti dimaklumkan sebelum ini saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya seperti dilapor akhbar itu.Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap dakwaan Mazlan yang memetik dakwaan "surat misteri" bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN itu.Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya dan kedua-dua pemimpin itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan dan media arus perdana itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.