Selasa, Ogos 06, 2013


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan sepuluh kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika sepuluh tahun dahulu mereka cuma komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka terdapat hampir di semua negeri.

"Perkembangan teknolgi maklumat adalah antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah mengakses pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial," katanya di Putrajaya, Isnin.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996. Penularan fahaman itu kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Abdul Rahim berkata usaha memerangi dan membanteras pergerakan Syiah secara total perlu dilaksanakan bersepadu dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada satu agensi sahaja.

"Di pihak KDN misalnya (tindakan dilakukan) daripada segi keselamatan menerusi Polis Diraja Malaysia, Pendaftar Pertubuhan (ROS), kawalan bahan penerbitan menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan, pengeluaran cakera padat (CD) dan Cakera Padat Digital (DVD) di bawah Lembaga Penapisan Filem sementara kemasukan pihak luar (diawasi) menerusi Jabatan Imigresen," katanya.

Daripada aspek akidah pula, Abdul Rahim berkata ia di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), media sosial (Kementerian Komunikasi dan Multimedia), hubungan luar (Kementerian Luar) dan institusi pengajian tinggi (Kementerian Pendidikan).

Berhubung tangkapan, beliau berkata dua tindakan pernah dibuat sebelum ini iaitu pada 1996 di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan pada 2012 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Dalam tangkapan oleh JAIS itu seramai 200 pengikut ditahan, namun dibebaskan apabila terdapat masalah teknikal daripada segi perundangan ketika pendakwaan dijalankan," katanya.

Mengenai tindakan ke atas buku dan bahan penerbitan pula, katanya setakat ini sepuluh judul buku telah diharamkan antaranya Pengantar Ilmu-Ilmu Islam, Dialog Sunnah Syiah dan Tafsir Sufi Al Fatihah Mukadimah yang didapati mengandungi bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Buku Tokoh-Tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi (Jilid tiga dan Jilid empat), yang isi kandungannya mendakwa Saidina sebagai penerus syariah selepas wafat Rasulullah yang berkaitan dengan konsep Imamiah dalam fahaman Syiah.

Ditanya sama ada kumpulan itu dipergunakan sesetengah pihak untuk mewujudkan keadaan tidak tenang, Abdul Rahim tidak menolak kemungkinan tersebut kerana sudah menjadi kelaziman bila sesuatu isu atau masalah berlaku ada pihak yang cuba 'menangguk di air keruh' atau mengambil kesempatan.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Hallo Bro

    Aku nak tanya korang. Apa untungnya umat islam dan bangsa melayu di negara ini bila korang panjang2kan isu Syiah Sunni ni ?

    Jangan lah jadi bodoh dan bengap sangat. Korang tak nampak kah Isu Syiah Sunni ni adalah senjata paling berkesan untuk menghancurkan perpaduan melayu secara berkekalan.

    Korang tak nampak kah betapa berkesannya Isu Kafir Mengkafir sebagai usaha memisah2kan dan menghancurkan kekeluargaan orang melayu. Suami cerai isteri. Anak buang ayah. Adik buang abang. Dan banyak lagi haru biru.

    Tetapi kalau dalam Isu Syiah Sunni akan berlaku yang lebih dahsyat lagi. Sampai sanggup bunuh membunuh. Tolong lah, aku benci Sunni, aku benci Syiah, yang aku mahu hanya Islam sahaja.

    Nicky Aizat

    BalasPadam
  2. PAS adalah ahlul sunnah wal jamaah...jgn fitnah, klu nk bukti kita buat forum bebas..jgn fitnah membuta tuli....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping