Khamis, Ogos 08, 2013


Akta Keharmonian Nasional yang bakal digubal akan meneruskan roh dan semangat Akta Hasutan 1948.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu video yang dimuatnaikkan beliau di dalam blognya.
“Roh dan semangat Akta Hasutan akan tetap ada,” kata beliau dalam klip video tersebut.
Beliau turut menjelaskan tiga perkara yang tidak boleh dipertikaikan di bawah akta baru ini.
“Kedudukan Raja-Raja Melayu jangan dipertikaikan. Hasutan kaum di Malaysia juga tidak boleh disentuh.
“Perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan iaitu kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan hak keistimewaan orang Melayu juga tidak boleh dipersoal,” kata beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dalam bulan Julai tahun lepas.
“Akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional akan mengimbangi kebebasan bersuara yang dijamin di dalam perlembagaan dan pada masa yang sama memastikan semua kaum dan agama dilindungi,” kata Najib.
Pemansuhan Akta Hasutan ialah sebahagian daripada pembaharuan perundangan yang dibawa oleh Najib.

Walau bagaimanapun kelewatan dalam penggubalan Akta Keharmonian Nasional turut dipersoal oleh sesetengah pihak ekoran daripada peningkatan kes di mana terdapat pihak yang mempersoal isu-isu tertentu.

Ps: Jangan la puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak cepat sangat rasa selasa ye. Rakyat pun jangan lupa. Ini semua kerja puak Pakatan tu jugak.

Dulu elok - elok dah ada Akta Hasutan tu,. Tapi puak - puak Haramjadah tu suruh mansuh. Sekarang, akta yang lebih ketat akan dilaksanakan.

Yang desak bukan orang lain. Diorang jugak yang desak. Sama la macam kes isu dakwat kekal. Diorang jugak yang mintak.

Jadi lepas ni, jangan pulak diorang meroyan tak tentu arah dengan tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan!!! Sendiri mintak, sendiri tanggung la brader!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. ISA telah dimansuhkan kalau blh diwujudkan pula akta baru,ASI,yang bererti Akta Simpan Individu tampa bicara selama setahun dan dibebaskan dgn syarat selama lima tahun.seandainya didapati membuat kesalahan dalam tempoh pembebasan, dipenjarakan pula selama sepuluh tahun,tampa bicara demi keamanan Negara.

    BalasPadam
  2. tak kisah jika ISA perlu diwujudkan semula. kerana pelampau2 mula berani bermain sentimen agama dan kaum. kalau kita suka hidup dalam suasana amana damai apa nak di risaukan ISA wujud...bukan kita jenis manusia yg suka buat huruhara pun !

    BalasPadam
  3. percepatkan AKTA KEHARMONIAN NASIONAL...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping