Sabtu, Ogos 03, 2013


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan penerbitan klip video '1 Hari di Hari Raya' yang menggambarkan Hari Raya umat Islam boleh diraikan bersama anjing adalah tindakan menghina Islam dan perbuatan tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata pemilik video itu secara jelas menghina pegangan dan sensitiviti umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Shafie bahawa umat Islam tidak boleh memegang atau menyentuh anjing atau keturunannya di mana jika tersentuh wajib disertu.

Katanya takbir Hari Raya yang turut dijadikan muzik latar dalam video itu, juga merupakan satu tindakan penghinaan kerana takbir itu merupakan satu lafaz suci dalam memuji dan membesarkan Allah sedangkan pemilik video melakukan agenda yang sangat menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

"Penerbitan video tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam yang menghormati perasaan beragama seorang Islam yang lain.

"Tindakan pemilik video itu seolah-olah memperlekeh dan mencabar pegangan umat Islam yang selalunya dilakukan dalam bentuk provokasi oleh segelintir orang bukan Islam," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Othman berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat pada Rabu lalu dan kini Jakim sedang menyiapkan satu laporan untuk dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat tindakan susulan.

Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Ps: Heh! Apa lagi kita nak cakap ye tak. Inilah akibatnya bila bab agama ni orang belajar tak habis. 

Sebab itu SH pernah desak supaya waktu Pengajian Islam di Sekolah dipanjangkan dan dipenuhi dengan ilmu - ilmu tambahan. Bukan setakat belajar apa yang ada dalam buku saja!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping