Demikian yang dapat SH ulaskan mengenai kenyataan media Yang DiPertua PAS bagi kawasan Temerloh ni. Kenyataan tersebut dikeluarkan dalam Haprak Daily.
Dalam kenyataan tersebut, YDP PAS Temerloh ini jelas berniat nak memperlekehkan Barisan Nasional dengan dakwaan kononnya BN tak menjaga kebajikan rakyat.
Tapi dengan cara tak sengajanya, dia telah memalukan hampir seluruh kepimpinan PAS Temerloh itu sendiri secara tidak sedar. Mungkin juga PAS dibeberapa kawasan lain.
Jelas, PAS selama hari ini tak buat kerja dalam menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh. Mereka hanya menumpukan dikawasan yang diorang menang je.
Kalau sebelum ini, diorang beria - ia menyelar cadangan dan langkah sesetengah pihak yang mahu BN hanya menumpukan bantuan kepada kawasan yang dimenangi sahaja.
Sekarang, diorang sendiri membuktikan bahawa diorang pun sama jugak!!! Jadi, tak salah la kalau BN buat benda yang sama.
Jika PAS benar - benar menumpukan perhatian dalam menjaga Kebajikan Rakyat, kenapa sebelum ini diorang tak jaga kawasan lain selain dari Kuala Semantan?
Dalam kenyataan media YDP PAS tu pun dah dijelaskan yang diorang hanya menjaga kawasan Kuala Semantan sebab diorang dapat kuasai kawasan tersebut sahaja.
“Dulu PAS menumpukan khidmat dan program turun padang di Dun Kuala Semantan saja iaitu sebahagian besarnya kawasan bandar kerana PAS menang di situ.“Kini dengan menang di parlimen kami dapati banyak kampung dalam Dun Mentakab dan Lanchang dengan pelbagai bangsa yang dilanda kemiskinan tegar ditinggalkan BN dan sebahagian besarnya kawasan kediaman Melayu,” katanya.
Bermakna, PAS hanya akan ambik tau tentang rakyat jika mereka dapat kuasa. Kalau tak dapat kuasa, diorang pun buat tak tau jugak kan?
Dalam erti kata lainnya, PAS ni bukan la berniat nak membantu rakyat sangat pun. Selagi diorang tak dapat kuasa, selagi itu la diorang akan abaikan kebajikan rakyat.
Kiranya, kawasan - kawasan seperti di Maran, Lipis, Bera, Pekan, Rompin dan Paya Besar, PAS tak de la nak ambik tau pasal rakyat sebab diorang tak menang dikawasan tu.
Jadi, memang wajar la kalau BN pun buat benda yang sama ye tak. Tumpukan sahaja bantuan serta sumbangan dalam apa jua bentuk dikawasan - kawasan yang dimenangi sahaja. Yang tempat puak - puak Pembangkang tu, biar lantak diorang cari dana sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.