Sabtu, September 21, 2013


Itu tanggapan yang diberikan oleh beberapa orang rakan SH bila bercerita mengenai Datuk Seri Zahid Hamidi. Nak pulak bila ceritanya dikaitkan dengan Pakatan.

Berikut SH siarkan beberapa komen yang telah dilontarkan oleh sahabat - sahabat SH mengenai Datuk Seri Zahid Hamidi ni.

Sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum ke 13, Zahid dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri. Banyak perkara drastik yang telah dilakukannya.

Ternyata, tindakan tegas yang dibuat oleh DS Zahid membuatkan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri tergamam dan terkaku diam.

Ini menyebabkan mereka mula rasa tak senang duduk. Mula la diorang cari idea untuk menjahanamkan karier Politik Zahid dan merosakkan kredibilitinya.

Maka bermula la episod 'tembak menembak' yang kita dengar tak berapa sebelum ini. Cerita mengenai kes tembak menembak ni mula berleluasa.

Saban hari, ada sahaja kes tembak ni dilaporkan dalam laman media internet atau pun melalui media cetak. Semuanya nak mengenakan Zahid Hamidi secara tak lansung.

Isu itu dilihat sebagai satu lagi gejala epidemik yang berjangkit sampai ada tahap orang cari berita pasal kes tembak menembak ni. Punya nak jual cerita tu.

Dari satu sudut, ada orang kata ianya satu permainan media untuk menyah-kreditkan Zahid secara tak lansung dan mengaitkannya dengan PDRM.

Semua orang tahu, PDRM dan KDN berkait rapat serta saling bekerjasama. Dengan tindakan tersebut, puak - puak Pembangkang ni dapat hapuskan 'dua dalam satu'.

Apa yang pasti, usaha puak - puak Pakatan Haramjadah tu adalah untuk membuatkan rakyat rasa tidak selamat dan mula meragui kecekapan anggota keselamatan Negara.

Perkara ini pernah berlaku di Mesir tatkala Revolusi menjatuhkan Mantan Presiden, Hosni Mubarak sebelum ini. Anggota keselamatan dianggap sebagai musuh.

Kesudahannya, anggota keselamatan yang terdiri dari kalangan anggota Polis ni hanya ibarat 'Hidup Segan, Mati Tak Mau' je di Mesir. Mereka ada pun serupa macam tak ada.

Suasana itulah yang hendak diwujudkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni di Malaysia sebenarnya. Mereka nak buat rakyat berasa sangsi terhadap Polis.

Dan sebab itu juga kita lihat beberapa kenyataan dari kalangan pemimpin Pakatan sendiri pun menjurus ke arah itu. Yang paling baru ialah kenyataan Si Guan Eng.

Walaupun dia dapat ugutan bunuh melalui laman mikroblog dia sebelum ini, dia tetap enggan buat laporan Polis. Dia mendakwa kononnya Polis tak buat kerja.

Usaha itu diharap dapat memberi impak kepada Zahid Hamidi secara tak lansung. Bila ada yang pertikai, diorang akan kata, "Ah! Dah Menteri pun tak buat kerja."

Tapi, permainan Politik seperti itu tak dapat mengugat kredibiliti Zahid Hamidi. Dia tetap tegas dalam menjalankan kerja dia. Malah dia mampu buat geng - geng jahat ni ketar lutut.

Maka, kesimpulannya, usaha jahat yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu untuk menghasut rakyat mencurigai Zahid Hamidi ternyata tidak berjaya. Tapi, apa nak heran ye tak. Diorang tu bukannya ada kerja. Tu je la kerja yang diorang tak buat pun!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping