Hari ini UMNO melakarkan satu sejarah baru dimana pemilihan partinya diadakan secara lebih demokrasi dari pemilihan sebelumnya.
Kali ini, sesiapa pun boleh bertanding bagi sebarang jawatan dalam parti asalkan mereka memenuhi kriteria serta syarat - syarat yang berkaitan.
Bermula jam 8 pagi tadi, pintu pendaftaran pemilihan UMNO bagi setiap jawatan, sama ada di bahagian mahupun peringkat kebangsaan sudah pun dibuka.
Waktu pendaftaran bagi menghantar borang adalah sama iaitu bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang diseluruh Malaysia.
Setiap calon perlu melalui prosedur - prosedur yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat. Jadinya, jangan pulak ada yang tak ikut.
Apa yang SH nak pesan, kepada semua calon yang bertanding perlu berhemah dan ingat tatatertib sebagai orang Melayu. Jangan pulak nanti kita jadi macam PKR.
Kata nak amalkan demokrasi, tapi akhirnya jadi kes baling kerusi. Itu kita tak nak dalam UMNO. Bab nak berkempen, itu hak masing - masing.
Cuma kita semua perlu ingat! Terutama sekali bagi calon yang bertanding. Pagi ni pintu pendaftaran dibuka, jangan malam nanti pintu lain pulak yang kita bukak!!!
Jangan senang - senang kita bagi 'peluru percuma' kepada puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Yang kita kena jaga. Jadikan ianya tanggungjawab kita.
Jangan pulak lepas pukul 5.01 petang, kita dah mula berperang sesama sendiri dan memburukkan parti. DAN, yang PALING PENTING, Tolong Jangan Menyusahkan Orang Lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.