Isnin, September 30, 2013


Haduh!!! Pedih rasa hati bila baca cerita pasal Mak Jan meletop sorang ni. Akhirnya bertunang jugak la dia dengan kekasih hati dia. Apa boleh buat, dah jodoh. Kita doakan semoga dia berkekalan hingga ke akhir hayat...
Akhirnya, pelakon Zain Saidin telah merisik kekasihnya, Rozita Che Wan dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, pada hari Ahad, 29 September 2013. 
Tahniah diucapkan buat Che Ta & Zain. Walaupun hanya majlis merisik namun, dengar khabarnya, majlis sangat grand okay. Wow, romantiknya, lokasinya pun kira terbaik tu.  
Berita gembira ini disampaikan oleh pengurus peribadi Rozita Che Wan iaitu Afiq. Menurut Afiq, majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
“Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan. Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum.”
Tambahnya majlis berlangsung dengan tema adat melayu tradisional dan dekorasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb. 
Sementara itu, Zain yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas panjang selain agak terkejut bagaimana majlis tersebut berjaya dihidu pihak media. 
Pada Jumaat lalu telah tersebar khabar angin kononnya dia dan Rozita sudah bertunang secara senyap selain menganggap gosip berkenaan sebagai mengarut.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping