Walaweh!!! Hangat seh pemilihan UMNO kali ni. Banyak 'warna - warni' diaidilfitri. Macam - macam karekter orang yang kita boleh tengok.
Memang menarik gila kalau mana - mana yang ikuti secara dekat pemilihan yang bermula jam 5 petang tadi. Kalah Pilihan Raya beb.
Ada yang SH tengok overconfident ada. Ada yang berjalan tunduk pun ada. Tak kurang ada yang ego dan sombong pun ada jugak beb. Memang meriah.
Yang tambah menarik bila ada pulak cerita panas macam ni timbul. Dengar kata, kelibat anak Chef Wan, Si Serena tu muncul di PWTC petang tadi.
Apa agaknya tujuan dia ek? Nak hantar borang bertanding jugak ke? Kalau betul dia nak bertanding, kemungkinan dia nak bertanding dalam Exco Puteri.
Tu pun hanya spekulasi SH sendiri la lepas baca blog sahabat SH, Si Kulaan Niring ni. Dalam ramai - ramai orang, sempat lagi dia tangkap gambar Si Serena ni.
Gambar Serena Chef Wan ni sempat gua rakamkan di PWTC hari ini sewaktu hari penghantaran borang pencalonan untuk jawatan Majlis Tertinggi, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung.Gua tak pasti sama ada kehadiran Serena ini untuk menghantar borang pencalonan atau sekadar hadir bagi memberi sokongan kepada calon-calon Puteri yang mahu bertanding.Namun apa yang menarik perhatian orang ramai yang hadir bila ada selebriti yang hadir sama sewaktu hari penghantaran borang. Tentulah bila ada artis majlis tu nampak meriah skit kan. - Kulaan Niring
Apa pun, jika benar berita mengatakan yang anak Chef Wan ni nak bertanding, tak de salahnya. UMNO sekarang mengamalkan dasar terbuka. Demokrasi beb. Tak de sapa nak halang korang nak bertanding!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.