Baru - baru ni, SH berblog-walking mencari isu - isu semasa. Yang paling hangat sejak akhir - akhir ni dah tentu - tentunya musim Pemilihan. Baik UMNO mahu pun PAS.
Maka, SH bertemu dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh sahabat SH yang duduk nun jauh di Southeast. Artikelnya berkaitan dengan pemilihan UMNO.
Tenggara is Southeast |
Kata Southeast, apa yang diucapkan oleh Menteri ni hanya satu 'Nasihat' bukannya satu 'Amaran'. Menteri ni tak macam Si Guan Eng tu yang memang tak faham bahasa.
Bagi SH, apa yang dinyatakan oleh Menteri ni memang betul. Tepat 'Nasihat' yang nak disampaikan kepada mana - mana ahli yang nak bertanding.
Memang sewajarnya bagi ahli tu 'Mengukur Baju Pada Badan Sendiri' terlebih dahulu. Jangan la sebab gila nak kejar jawatan punya pasal sampai lupa diri.
Cuma SH tergaru - garu jugak kepala sendiri. 'Nasihat' Menteri tu ditujukan kepada siapa sebenarnya? Adakah hanya untuk orang luar sahaja?
Bagi SH, 'Nasihat' Menteri tu perlu dipakai secara menyeluruh termasuk la anak - anak buah Menteri tu sendiri. Diorang pun perlu jugak ukur baju sendiri.
Jangan diorang rasa diorang dah 'Besar' maka diorang layak untuk bertanding sesuatu jawatan. Kalau setakat 'Kaya' je tak guna jugak.
Lain la bagi mana - mana Pegawai Menteri tu yang banyak menyumbang kepada masyarakat, yang berkhidmat untuk rakyat. Tu boleh la bertanding.
Tapi kalau setakat yang duduk belakang 'Bos' je 24 jam, apa gunanya? Apa sumbangan dia kepada rakyat? Apa khidmat yang dah diberikan?
Setakat berkhidmat kepada 'bos' je, memang tak layak la dia nak jadi pemimpin dimana - mana peringkat sekali pun. Jadi sewajarnya, Menteri ni bagi la 'Nasihat' yang sama kepada anak - anak buah dia sendiri. Jangan asyik nak ukur baju orang je kerjanya!!!
NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI YG TAK SEDAR2 DIRI..
BalasPadam