Isnin, September 02, 2013


Kalau kita baca betul - betul kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi Awang ni, memang jelas sangat yang dia nak kata cadangan Si Ketua Penipu tu dah ketinggalan zaman.

Bagi Hadi Awang, soal berbincang tentang masalah rakyat ni bukan perkara baru bagi PAS. Ianya dah lama dilakukan. Cuma Si Ketua Penipu tu je yang baru ni teruja tak tentu arah!!! Kemaruk sangat nak jadi Perdana Menteri la tu!!!
Menyertai dialog isu-isu kebangsaan dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan, bukan perkara baru bagi PAS, tegas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya menurut Tuan Guru, PAS telah terlibat dengan rundingan kebangsaan ini sejak zaman bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak lagi.

"PAS sudah buat lama. Bukan sahaja dengan parti-parti politik malah juga dengan pertubuhan NGO dalam pelbagai isu.

"Kita berdialog dengan kerajaan dalam isu ekonomi, kita juga menyertai dalam Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapem)," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Harakah hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan' yang perlu ditangani atas semangat merdeka.

Cadangan tersebut dilontar Anwar melalui perutusan sempena Hari Kemerdekaan ke-56 Sabtu lalu.

Antara isu nasional yang dicadang untuk dibincangkan dalam dialog itu termasuk isu agama yang sering dimanipulasi, isu rasuah, isu-isu ekonomi dan juga jenayah yang dilihat memerlukan penyelesaian konkrit dan kerjasama semua pihak.

Mengakui belum sempat membaca kenyataan Anwar itu kerana jadualnya yang padat sejak kebelakangan ini, Tuan Guru berkata beliau akan menelitinya dahulu sebelum membuat sebarang ulasan lanjut.

"Saya sibuk dengan jadual yang padat beberapa hari ini, masih belum sempat baca kenyataan itu. Nanti InsyaAllah saya akan baca," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping