Sabtu, September 28, 2013


Halamak ai!!! Ni apa pasal pulak dengan Pak Berahim ni. Tetiba je dia 'Ghairah' tak tentu arah ni apa kejadahnya? Dah buang tebiat ke dia?

Kot ye pun Gila sangat nak pegang kuasa, jangan la tunjuk sangat dengan orang Pak Berahim oi!!! Malu la sikit kat orang muda. Sedar diri sikit diri tu dah tua.

Tak sampai seminggu pun lagi Allahyarham Tok Jan meninggalkan kita. Baru beberapa hari je dia pergi mengadap Illahi. Hormat la sikit!!!

Ini tidak. Belum apa - apa lagi dia dah sibuk nak cari calon yang akan menggantikan kedudukan Tok Jan di DUN Sungai Limau. Nak tampilkan muka baru konon.

Bawak - bawak bersabar sikit. Suruhanjaya Pilihan Raya pun tak dimaklumkan lagi pasal kekosongan kerusi DUN tersebut. Yang dia menggelupor kenapa?

Nampak sangat la Pak Berahim ni lebih mendahulukan Politik dari perkara lain dalam dunia ni. Gamaknya, Politik tu boleh dibawak sampai ke kubur.

Ini ke mentaliti seorang Pesuruhjaya PAS merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat? Dah la tak hormat pada keluarga Allahyarham. Sibuk pulak dia dengan hal duniawi. Orang macam ni bukan saja TAK LAYAK jadi pemimpin, malah dia bukan seorang pejuang Islam!!!
SHAH ALAM - Pas tidak menolak kemungkinan akan menampilkan muka baru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dun  Sungai Limau berikutan penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia  jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman, pagi semalam.

Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu masih dalam perbincangan dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada Badan Perhubungan Pas Kedah sebelum sebarang pengumuman mengenainya dibuat.

“Insya-ALLAH kerusi tersebut masih kekal milik Pas... kita mungkin akan menampilkan wajah baru bagi mempertahankan kerusi itu.

“…Pas Pusat belum bermesyuarat hal itu, urus setia politik negeri akan membuat cadangan mengenai nama calon dan seterusnya Badan Perhubungan akan membuat keputusan, Insya-ALLAH kita tunggu sahaja keputusannya,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online di sini hari ini.

Adun Sungai Limau, Azizan yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam. Jenazah beliau telah dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.

Sementara itu,SPR dalam masa yang sama akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk hari penamaan calon dan pengundian bagi PRK di kerusi Dun Sungai Limau, dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dun Kedah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping