Kehangatan orang memperkatakan mengenai projek 'Hantu' di Gambang masih lagi belum reda. Penjelasan mengenainya masih ditagih dari pihak berkenaan.
SH mengalu - alukan pendedahan yang benar - benar boleh kita jadikan bahan rujukan. Tapi biar la ianya bukti kukuh yang bersandarkan kepada Kebenaran.
Hari ini, salah seorang pengunjung blog SH meninggalkan satu komen dan link yang katanya mempunyai kaitan dengan projek tersebut. (klik sini)
Cuma SH agak skeptikal dengan pendedahan yang dibuat kerana rujukan yang diberikan mengenai isu ini tidak lansung dinyatakan dalam keratan akhbar berkaitan.
Kata blogger tersebut, projek Hantu tu telah dilancarkan pada zaman Pak Lah dan ianya mendapat kerjasama dari Khazanah Nasional Berhad.
Dalam printscreen yang diberikan, tidak ada lansung ianya menyebut secara jelas mengenai projek Hantu tu. Jadi, macam mana kita nak jadikan ianya sebagai bahan rujukan?
Nah! Sekarang kita fikirkan sendiri. Dimana KEBENARAN yang hendak ditampilkan oleh blogger tersebut dengan projek yang dimaksudkan sebelum ini?
Kot ye pun marah sangat dengan Pak Lah atau UMNO, jangan la buat cerita yang bukan - bukan. Cari la sumber yang tepat dari pihak yang berkenaan.
Apa yang didedahkan dalam blog tersebut ternyata jauh menyimpang dari Kebenaran. Seperti dijelaskan sebelum ini, Kerajaan Negeri Pahang tak tau pasal projek tu.
Tapi jika merujuk kepada printscreen yang diberikan, memang patut sangat la Kerajaan Negeri Pahang tak tau sebab Pahang tak terlibat dalam NCER. Pahang terlibat dalam ECER yang meliputi Kelantan, Terengganu dan Timur Negeri Johor!!!
Aku rasa orang yg mngata PM yg luluskan tanpa diketahui sultan dan kerajaan negeri mungkin tersesat akal la.tanah negeri pahang adalah hak milik sultan dan kerajaannya.mustahil la kalau kerajaan negeri tak tahu.boleh ke tanah atas nama ngko dijual oleh anak ngko tanpa persetujuan ngko?ni semua isu nak salahkan kerajaan pusat supaya rakyat marah.itulah tujuan dia supaya rakyat marah.seseorang yg dalam keadaan marah biasanya akan hilang pertimbangan.
BalasPadamAku rasa orang yg mngata PM yg luluskan tanpa diketahui sultan dan kerajaan negeri mungkin tersesat akal la.tanah negeri pahang adalah hak milik sultan dan kerajaannya.mustahil la kalau kerajaan negeri tak tahu.boleh ke tanah atas nama ngko dijual oleh anak ngko tanpa persetujuan ngko?ni semua isu nak salahkan kerajaan pusat supaya rakyat marah.itulah tujuan dia supaya rakyat marah.seseorang yg dalam keadaan marah biasanya akan hilang pertimbangan.
BalasPadamBukan. Syarikat tu hanya menjual nama Perdana Menteri sahaja. Mereka mempergunakan Gagasan 1Malaysia tu untuk raih sokongan. Tunggu pendedahan SH esok pagi. Ada info yang ;ebih menarik!!!
BalasPadam