Isnin, September 30, 2013


Hah! SH ingatkan dah tak de dah info menarik mengenai projek ni. Rupanya ada lagi beb. Satu lagi maklumat telah SH terima lewat malam semalam.

Kali ini, sumber maklumat ni memang sah. SH pun tak mampu nak pertikaikan maklumat yang disampaikan. Kiranya projek tu bukan la MLM atau SCAM.

Tapi penyampaian yang dinyatakan oleh pihak Enchant Sdn. Bhd. dalam laman website mereka tu je yang kita tak faham. Maklumat dia kita proses secara kabur.

Menurut sumber sah yang SH temui malam semalam, sebelum ni memang ada seorang individu yang memohon kawasan luas untuk dibangunkan.

Tapi kawasan yang dimohon tak de la seluas seperti yang dinyatakan dalam website Enchant Sdn. Bhd. tu. Jangan cakap la 500 ekar, 300 ekar pun tak sampai.

Tujuan permohonan dibuat adalah untuk membangunkan kawasan komersil untuk mengembangkan ekonomi penduduk sekitar.

Kiranya kawasan tu dimohon atas tujuan komersil yang bercorakkan perlancongan. Bukannya nak bina kuil atau rumah ibadat. Kat situ pun dah nampak bohongnya.

Namun permohonan individu terbabit masih lagi tidak diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri atas sebab - sebab tertentu. Ada sebab - sebab kenapa ianya tak diluluskan.

Pihak Kerajaan Negeri Pahang katanya masih belum mendapat kertas cadangan dari individu tersebut mengenai projek yang dia nak buat dikawasan yang dimaksudkan.

Bila disemak dan dikaji semula, rupanya individu tu dah ada buat 'deal' dengan orang lain. Kemungkinan dengan pihak 1MST tu la kot.

Katanya, individu tu hanya buat permohonan dan syarikat Enchant Sdn. Bhd tu akan keluarkan modal untuk buat projek diatas tanah yang dimohon.

TAPI, projek tu bukan la projek nak bina Kuil atau Tokong. Sebaliknya, projek tu ialah projek jual TANAH KUBUR kepada orang!!! 

Ala, lebih kurang macam yang dibuat kat Nilai Memorial Park tu jugak la. Tapi kali ni diorang nak buat kat Gambang kononnya.

Sebab tu diorang ada jual lot mengikut taraf tertentu seperti mana yang didedahkan oleh brader Din Turtle sebelum ini. Lagi mahal orang bayar, lagi tinggi la tarafnya.

Dan untuk mendapatkan sokongan dari pihak Kerajaan, maka terpaksa la syarikat tu mempergunakan gambar Perdana Menteri dan logo serta nama 1Malaysia.

Kononnya, diorang ingat dengan cara tu pihak Kerajaan akan mempercepatkan permohonan yang dibuat supaya diorang boleh segerakan projek tersebut.

Apa cara sekali pun, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam perkara ini. Dan hakikatnya, individu terbabit terbukti telah menipu dalam permohonan yang dibuat sebelum ini. Jadi, jangan harap la diorang dapat teruskan projek tu!!!

1 ulasan:

  1. sudah semestinya pihak berwajib memantau setiap pembangunan di Negeri Pahang ini supaya tidak menjadi negeri longgokan dari segala macam sampah pepejal hingga sampah masyarakat.. pusat serenti tebanyak,penjara terbesar..dsbnya

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping