SH rasa, Si Mat Syabun ni berada dalam keadaan delusi sehingga membuatkan dia tak sedar diri dan membuat cerita yang bukan - bukan.
Biasanya, orang yang dalam keadaan sedemikian memang suka buat cerita yang mengarut sebab dia terlalu takut kehilangan sesuatu yang dia sayang.
Dan kemungkinan itu jugak la yang membuatkan Si Mat Syabun tu keluarkan kenyataan semalam dimana dia jelas takut kehilangan jawatan dia sekarang.
Kata Mat Syabun, selama 35 tahun dia jadi ahli PAS, ini adalah kali pertama dia mendakwa kempen pemilihan jawatankuasa PAS yang paling teruk.
Kononnya, kata Mat Syabun, kempen kali ini dijalankan dengan mengguna kemudahan seperti blog, twitter dan Facebook untuk memburuk - burukkan orang lain.
Namun, kenyataan Si Mat Syabun ti disanggah dan disangkal secara terang - terangan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib dalam satu kenyataan semalam.
Dihubungi Antarapos, Harun berkata beliau tidak nampak sebarang kecelaan dan kepincangan yang berlaku dalam kalangan ahli PAS, sepertimana yang diakui oleh Timbalan Presiden itu."Saya tak nampak di mana keterukannya. Yang mana dia kata PAS paling teruk, di mana teruknya? Saya tak nampak. Saya tak mengalaminya lagi."Saya tak tahu nak kata dan tak berani nak komen. Saya tak tahu apa yang teruk yang dikatakan ada komen, sms apa itu saya tak tahu," demikian menurut beliau.
Nah!!! Memang nampak sangat la yang Si Mat Syabun tu sorang je yang berpendapat bahawa kempen pemilihan PAS kali ini adalah yang paling teruk.
Persoalannya, kenapa hanya dia seorang sahaja yang menjadi sasaran sedangkan ramai lagi pemimpin lain dalam PAS yang turut dikatakan bertanding?
Adakah hanya semata - mata dia seorang Timbalan Presiden, maka serangan sedemikian ditujukan kepada dia secara berseorangan? Tak masuk akal beb.
Hakikatnya, Si Mat Syabun tu memang tak berapa digemari oleh pemimpin serta ahli PAS yang berada dibawah. Akar umbi PAS memang tak suka pada dia.
Dia jadi Timbalan hari ini pun bukan la sebab orang nak sangat. Sebaliknya, ahli PAS akar umbi tak de pilihan lain pada ketika itu. Undi untuk 'Ulama' dalam PAS pecah dua.
Maka sebab itulah Si Mat Syabun ni berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden dan menyingkirkan Nasarudin Mat Isa serta Pak Berahim sebelum ini.
Jadi, memang nampak sangat la yang Si Mat Syabun tu sebenarnya takut pada bayang - bayang dia sendiri. Dia terperangkap dalam delusi yang dia sendiri cipta. Kalau rasa diri tu dah tak laku, baik berenti je. Hilang kemaluan nanti, diri sendiri jugak yang malu!!!
Mabuk daun ketum macam anak Mahfuz Bean gak si Mat Syabu ni?
BalasPadam